Powered By Blogger

09 April 2009

FILEM PECAH PANGGUNG - PEMBUKAAN 9 APRIL 2009

9 April 2009/ Mahkamah Tinggi Shah Alam

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas mereka didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu.

Kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu didapati bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Selepas penghakiman dibuat, peguam kedua-dua tertuduh menyalahkan satu sama lain berhubung keputusan mahkamah itu.

Mereka mendakwa, kegagalan memanggil saksi-saksi lain telah menjejaskan kes pihak pembela untuk menyokong alibi Azilah dan Sirul.

Karpal Singh, yang menjadi peguam pemerhati bagi pihak keluarga Altantuya berkata, sabitan ke atas kedua-dua tertuduh itu, tidak dapat memperbaiki imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, masih banyak persoalan yang belum terjawab berhubung motif pembunuhan wanita Mongolia itu.

Menurutnya, satu lagi persoalan yang belum terjawab ialah sama ada kedua-dua tertuduh itu melakukannya atas kehendak sendiri atau diarahkan berbuat demikian oleh orang lain.

"Pastinya Dr Shaariibuu Setev (bapa Altantuya) tidak akan puas hati kerana beliau merasakan terdapat orang lain lagi yang turut terbabit tetapi terlepas daripada hukuman," katanya.

9 April 2009/ Istana Terengganu/11.35 am

Perdana Menteri, Datuk Seri Tun Razak menghadap Yang di-Pertuan Agong selama 30 minit untuk mempersembahkan senarai anggota kabinet barunya untuk perkenan Seri Paduka.

Najib tiba di Istana Terengganu pada kira-kira jam 11 pagi dan beredar pada jam 11.35 pagi. Perdana menteri dijadual mengumumkan senarai kabinetnya pada jam 3 petang di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.




***

hebat! briliant! penuh dramatik! emosi! sensasi! pengarahan yang baik! layak menang golden award! produksi mantop! adegan sentiasa klimaks! kalah filem tamil! rajnikanth hero si tamil pun salute!

macam ni la sebenarnya gagasan MELAYU GLOKAL! MOHON RESTU RAKYAT! SATU MALAYSIA! DAN YANG PALING PENTING MALAYSIA BOLEH!! HAHA....

0 komentar:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan