saban hari semakin ramai artis yang kembali ke pangkal jalan. walaupun aku tidak ambil port sangat berkaitan artis di malaysia, tetapi senario sekarang ini berbeda. seorang demi seoarang artis 'berhijrah'. kamu juga berasakan demikian bukan? ada yang berhenti menyanyi, ada yg berhenti berlakon, ada yang menceburi bidang dakwah samada menyertai jemaah tabligh, terlibat secara langsung dengan PAS dan ada juga yang menukar penampilan ke arah yang lebih islamik. secara jujurnya aku amat menghargai penghijrahan mereka ini.
secara teorinya, mereka ini menkadi ikon kepada masyarakat. sekiranya pembawaan mereka di jalan yang betul, aku yakin peminat mereka juga akan mengikuti jejak langkah yg sama; hijrah ke arah kebaikan. di bawah ini aku lampirkan beberapa orang artis di malaysia yang telah berhijrah dan insyaallah istiqomah akan jalan yg mereka pilih..
Akhil Hayy :
muncul bersama kump rock D'Riyadh penghujung 80'an. kemudiannya, menyertai PAS dan aktif berceramah di seluruh pelusuk tanah air. ceramahnya unik krn diselang selikan dgn nyanyian dan kaedah yg lain. sekarang ini aktif berdakwah bersama astro. walaupun aku tak bersetuju sangat dia menyertai astro, ttp aku yakin beliau masih lagi bersama Ulama dan kepimpinannya. doakan la yg terbaik untuk akill hayy.
Fendi A to Z :dulu beliau popular bersama kump A to Z. lagu Itik Gembo2 menjadi siulan anak muda era 90'an. aku juga tidak berkecuali meminati kump ini. kemudiannya, beliau mengambil langkah drastik keluar dari kump A to Z. mungkin tndkn beliau itu membuatkan kump A to Z terus berkubur. apabila muncul, beliau telah menukar imej yg baru. rupanya beliau telah menyertai jemaah tabligh. alhamdulillah, peminat menerimanya dgn hati terbuka. selang bbrp tahun, beliau kembali menghadap Rabbul Jalil. sama2 la kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat oleh ALLAh dan ditempatkan bersama2 gol yg soleh. Al-fatihah..
Azmil Mustafa a.k.a Ali Setan :
aku pernah terbaca bagaimana beliau berhijrah mendampingi islam secara total. beliau memaklumkan ktk namanya di ambang kemasyuran, segala jenis maksiat beliau lakukan. berzina, minum arak, pergaulan bebas, clubbing dan segala onar dilakukannya. ttp ada satu hobi yg mungkin di anggap pelik oleh org ramai menjadi rutin sehariannya. beliau begitu menggemari slot tafsiran ayat2 al quran di RTM 1 setiap hari sebelum siaran tamat. sbg org seni, beliau merasakan terjemahan itu bgt agung dan tinggi nilai seninya. lama kelamaan hatinya menjadi luluh dan berazam untuk berdamping dgn al-quran dan agama islam serta meninggalkan dunia gelapnya sbg seorang artis.
inilah beliau tika ini. tidak segan silu berceramah di mana2 saja pentas yang terbuka ruang utk beliau menyampaikan dakwah. jika sekali imbas, hampir tidak percaya kita org ini dahulunya seorang yg rosak dan spt tdk dapat diselamatkan. moga Allah menetapkan azamnya utk berdakwah dan istiqomah dalam perjuangan. Amin..
Erma Fatima :
pelakon, pengarah, penulis skrip serta penggiat teater ini begitu ke hadapan dalam mesejnya utk menyampaikan dakwah islam. baru2 ini, beliau dgn segala keazaman, mementaskan sekali lagi teater Sirah Junjungan di Istana Budaya. walaupun tidak mendapat tajaan dpd bdn2 korporat, namun semangatnya tidak pernah luntur. apa yang membuatkan aku terharu adalah apabila beliau secara jujurnya ingin membawa teater Sirah Junjungan ke negeri Kelantan. ini kerana beliau amat berharap hasil seninya itu dapat dipertontonkan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS. alsannya mudah, beliau amat meminati dan menghormati Tuan Guru. aku berharap impiannya ini tercapai dan semoga Allah memudahkan perjalanan beliau utk berdakwah..
Renggo Arrow :dulu bersama kumpulan Arrow. abang ipar aku amat menggemari kump ini kerana lagu2 yang dinyanyikan semuanya tangkap leleh, frust menonggeng dan cintan2. tapi itu dulu, skrg sudah lain. 11 April 2009 yg lepas (semalam) di Kota Bharu beliau menyerahkan borang keahlian PAS kepada Tuan Guru Nik Aziz sempena pelancaran kempen jom sertai pas. sememangnya jalan yg beliau pilih ini tepat. ajaklah remaja yang lain berdamping dgn Islam. inilah jalan yg lurus yang menyelamatkan kita di dunia dan akhirat. insyaallah!!
Amy Search :
alhamdulillah.. syukur pada Allah. ini saja ucapan yg aku mampu utarakan. siapa sangka Amy akan berubah seperti yang anda semua sedia maklum. semoga Allah melimpahi rahmat dan menetapkan kakinya utk berhijrah.
dari siasahdaily :
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak dapat menahan kesedihan apabila terharu dengan penghijrahan artis-artis di negara ini yang semakin meminati Islam terutama Amy Serch.
Beliau yang merasmikan Himpunan Belia sempena Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan itu tidak dapat menahan sebaknya apabila mengingatkan penghijrahan artis-artis dan golongan seni yang kini semakin ramai berminat pada Islam begitu menyentuh perasaannya.
“Tiada siapa yang menyangka artis dari kumpulan rock kini telah menjadi ‘ikon’ baru kepada remaja membawa mesej yang baik kepada golongan remaja.
“Perkara itu langsung tidak pernah terfikirkan oleh sesiapapun, namun jika itu kehendak Allah apapun boleh berlaku,”ujarnya.
Bagaimanapun Amy Serch yang juga turut bersyukur dapat bersama lagi dengan Tuan Guru yang menjadi ‘idolanya’ belum berbuat demikian.Katanya, untuk ketika ini beliau ingin kekal imejnya sebagai seorang penyanyi rock dengan tidak menyertai mana-mana parti politik.
“Namun pada masa hadapan saya belum dapat tentukan lagi keadaan saya, jika itu (sertai PAS) kehendak Allah tidak mustahil saya akan berbuat demikian,”ujarnya.
Amy ketika berucap pada majlis itu turut menceritakan saat mula beliau bertemu dengan Nik Aziz yang turut hadir ke restorannya Cheng Ho di Kuala Lumpur.
Selepas itu bertemu lagi di tanah suci Mekah selepas tiga hari berada di sana untuk menunaikan umrah.
“Pada 19 April nanti Tuan Guru akan mengerjakan umrah lagi, sepatutnya saya juga akan ke sana, namun memandangkan keadaan tidak mengizinkan, saya terpaksa memilih tarikh lain,”ujarnya lagi.
***
aku mengalu2kan mana2 artis yg ingin berhijrah terutama yg menyertai Parti Islam. semoga penghijrahan anda menjadi salah satu asbab Malaysia ini disianri oleh cahaya keislaman baik dari segi hiburan, pendidikan, sukan, politik, sains, pemerintahan dan segala urus tadbir alam kerana Allah SWT telah berfirman :
"Wahai orang2 yg beriman, masuklah kamu kedalam Islam keseluruhannya (Kaaffah), dan janganlah kamu meurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu"
5 komentar:
erma fatima tu bukan puteri umno ke?
memang dia puteri umno. tapi itu dulu, masa azalina menjadi ketua puteri. sekarang mungkin dah berbeza. sama macam kes ct nagn dato k jumpa TG nik aziz jugak, walaupun mereka condong kpd Umno, jiwa tetap menghormati Ulama. so, doakan la yang terbaik utk2 artis2 yang kita dah nampak dan bersedia utk berubah..
hahaha.. entri yang membina
azhar atan mesti senyum baca entri ini..
dan akhir hayyy... emm?? entahlah
azhan atan, bukan azhar atan.. huhu..
taktau la abg akhil macam mana sekarang nie.
sama2 la berdoa utk beliau istiqomah dalam perjuangan islam..
Pada pendapat saya pula, tak kiralah seseorang itu dalam parti mana sekalipun, asalkan berpegang pada Islam dan ajarannya. Jangan dek kerana penting dan taksubkan parti mana yg kita pilih, haluan dan kesucian Islam jadi perkara remeh-temeh. Sepatutnya kita bersyukurlah, semakin ramai insan seperti artis2 di Msia yang mendalami Islam sebenar-benarnya. Biarlah dia nak masuk Umno ke, Pas ke, parti bebas ke, apa ke...asalkan dia dah insaf bertudung. Sy pun mendapat suntikan semangat utk menjadi muslimah yang baik dari ramai artis yang membuat pengorbanan 'berhijrah' ni. Maaflah klu ada kata2 sy mengguris hati sesiapa ye, inipun sebagai nasihat utk saya sendiri.
Post a Comment