Powered By Blogger

29 April 2009

N70 ku

Dari bulan mei 2008 yang lepas, N70 menjadi handset kegunaanku. Beli yang second hand je, yang lama track in. Tawar punya tawar dapat la RM 350. Tak la mahal sangat. Sekarang, macam dah nak lunyai. Tapi boleh tahan jugak lasaknya. Ada la terjatuh 5 6 kali. Tapi steady bleh guna. Ada sekali terkena hujan, ingatkan dah rosak, tapi alhamdulillah xdek apa2. Nak dijadikan cerita, Ahad yang lepas (26 April 2009), diakibatkan kecuaian aku sendiri, handset aku ni hilang. Nak kata kena curi tak, nak kata orang pinjam tak, so yang paling mudah, H-I-L-A-N-G. Time tu aku rasa cukup sedih. Bukan sebab Handset itu hilang, tapi nombor2 yang ada dalam simcard dan phone memory. Bayangkanlah 500 lebih nombor. Macam mana jika ada berlaku kecemasan? Dah la daripada semua nombor tu, no aku je yang aku ingat. Yang lain semua x hafal. Memang tak patut. Tapi semua tu hanya sementara kerana 2 hari kemudian (28 April 2009), Handset aku 'datang sendiri' kepada aku. Ha-ha-ha. Hairan jugak bunyinya kan. Tapi itulah yang berlaku. Sebenarnya handset itu ada dalam kereta kawan aku. Di bahagian belakang. Mungkin masa aku tumpang kereta dia (26 April 2009), aku tak perasan handset itu dah tercampak ke bahagian belakang kereta dia. Bertambah 'spoil' lagi bila hari itu juga bateri handset aku habis. Tak dapat charge malam sebelumnya. Nak charge macam mana, charger ada orang pinjam. So, kawan aku yang tadi serahkan semula handset yang 'hilang' tu. Alhamdulillah, handset dah dapat balik. Rasa lawak pun ada. Huhuhu.. Aku bukan apa, no yang aku pakai sekarang ni no adik aku. Kalau betul handset aku hilang, leceh la sikit aku nak dapatkan simcard kat celcom centre. ye la, no orang lain. Akhir kalam, aku nasihatkan pada kamu semua jangan cuai macam aku k. Nanti menyusahkan diri sendiri.

23 April 2009

JAWATAN KOSONG!



















SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa K ita b anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasulullah S.A.W:

'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.'Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.

SEJENAK MENGHAYATI LAGU INI..

WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)

(Composed by Michael Heart)

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die

We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die

We will not go down
In Gaza tonight

*********************************

Sedih, pilu, geram bahkan luluh hati mendengar dan menghayati lagu ini. Betapa menderitanya Ikhwan dan Ikhwat di sana. Kejamnya Bangsa Yahudi yang dilaknat ini.

"Wahai Yahudi, ingatkah lagi kamu akan Peristiwa Khaibar di mana kamu telah dikalahkan. Percayalah, tentera Muhammad akan kembali menghancurkan kamu!!!"

22 April 2009

DUNIA OH DUNIA!

Saban hari, umurku semakin meningkat. Makhluk Allah yang bernama waktu dan masa itu tidak sekali-kali akan mengundur ke belakang. Ia tetap taat dan akur. 24 tahun umurku, telah baligh hampir 11 tahun, seringkali terfikir sampai bila umur itu akan bertambah. Insaf aku seketika.

2 3 hari ini aku seperti berasakan kiamat semakin dekat dan dekat. Isu2 semasa samada di peringkat global atau dalam negara semakin menggetarkan hati ini. Lalu hati ini berbicara sendirian ;

Adakah Perang Armageddon (Perang Dunia ke3) semakin hampir?
Adakah Kemunculan Imam Mahdi itu semakin hampir?
Adakah kemunculan Dajjal itu semakin hampir?
Adakah Nabi Isa akan diturunkan dalam masa yang terdekat ini?
Dan Adakah Yakjuj & Makjuj itu semakin menghampiri untuk 'menghancurkan' dunia?

Allah! Amat berat pertanyaan ini. Saat Tok Jib Altantuya mengasaskan slogan yang baru, saat Anwar Ibrahim mencabar Umno agar bertanding PRK di DUN Penanti, saat Ahli PAS akar umbi sibuk bermuktamar dan membuat pemilihan, saat serangan demi serangan yahudi laknatullah alaih ke atas bumi palestin, saat anggota PBB berkongres berkaitan penghapusan etnik, sedarkah kita perkara2 ini bergerak seiringan seolah2 tanda2 besar munculnya kiamat semakin menghampiri kita?

Benak pemikiran kadang2 tidak mahu memikirkan perkara2 ini. Biasalah, soal kematian, soal azab siksa kubur, soal Kiamat dan lain2 memang menggerunkan andai dibicarakan. Tetapi perkara inilah yang akan meluluhkan hati kita dan semakin mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla.

Muhasabah dan muhasabah!

Sebut memang sedap, nasihatkan orang lain memang mudah, nak melaksanakan ke atas diri sendiri itu amat sukar.
Bagaimana agaknya ya andai 24 jam yang Allah kurniakan kita sibuk kepada perkara duniawi semata2? Waduh2, susah banget dong. Tidak mengapalah, kerna itu fitrah manusia yang lalai dan menjadi kewajiban seseorang untuk menegur.

Akhir kalam, selamat menjalani Peperiksaan Akhir Semester kepada sahabat2 yang masih menuntut. Walaupun sibuk belajar, percayalah jika niat itu betul, ganjaran dari Allah akan berlipat kali ganda dr semasa ke semasa. Buat yang terbaik ya. Aku sentiasa mendoakan kejayaan korang.

Kepada mereka yang bakal berkonvokesyen, terutama sahabat2 di POLISAS, selamat menjalani konvokesyen. Itu bukti kejayaan anda. Teruskan sehingga ke peringkat yg tertinggi.

O ye, kepada semua perwakilan Parti Islam di setiap peringkat samada di peringkat cawangan, kawasan dan pusat selamat bermuktamar dan selamat membuat pemilihan. Suburkan pemilihan dengan musyawarah dengan memilih yang terbaik dari yang terbaik. Kita enggak sama dengan rakan kita dalam UMNO.

Perkongsian hati hamba yg meronta dan merintih:

Akhi Fairuz Al Jengkari = (
22 April 2009, 5.30 pm

17 April 2009

PELIK KE LELAKI BACA NOVEL?

adakah korang pelik melihat lelaki membaca novel? betul ke novel ni sesuai untuk golongan wanita sahaja? mungkinkah sekiranya lelaki membaca novel, persepsi akan menyatakan lelaki ini jiwang, jambu dan lain2? enggak perlu ribut-ribut. yang perempuan bisa, yang lelaki pun bisa saja membacanya. mana ada diskriminasi. seolah2 dijatuhkan hukum lelaki tidak sesuai membaca novel, perempuan pula cocok sekali untuk membaca novel.

aku bantah!!

kenapa aku bantah? sebab aku suka baca novel. hahahahaha.. ni semua gara2 penangan habiburahman el shirazy a.k.a kang abik. mulanya, aku memang x suka langsung baca novel. lambat sangat nak habis satu-satu novel. dah la tebal. nak habiskan 1 novel pun dekat2 sebulan. tupun kalau habis.. huhu..

sekarang dah lain. sejak aku kenal karya kang abik iaitu novel ayat-ayat cinta, terus saja hati ini terpaut. setiap bulan wajib aku spent beberapa percent gaji untuk beli novel. haha.. ambik kau!! sapa suruh baca novel. kan dah ketagih.. (tapi lebih baik dari ketagih benda lain kan..huhu..)

sekarang ni, dah banyak koleksi kang abik yang aku kumpulkan..kat bawah ni novel2 beliau yang aku dah beli..best woo..haha..
#novel pertama#
fahri vs aisha vs nurul vs mary vs lain2..waduh2..sedih bangat novel ini..novel aku bagi 10 bintang di langit, filem hampeh.. x seperti diharapkan.. unsur sekular menghilangkan islamiknya. filem aku bagi 0.5 taik bintang. haha..
#novel kedua & ketiga#

waduh2, asyik skali novel yang ini. ada 2 episod. lagi tragik dari ayat2 cinta. episod 1 dan 2 aku habiskan tak sampai 3 hari..setiap 1 episod ada lebih kurang 500 m/s.. setiap watak memang mant0p. Azzam + Anna Althafuniissa + Furqan + Elyana + etc.. happy ending story.. aku amat2 terharu karya Kang Abik yang ini.. = (
#novel keempat#

ada 3 cerita dalam ini novel. kisah si pensyarah wanita yang bertemu jodoh dengan pelajarnya, kisah seorang pelajar persantren, dituduh mencuri, jadi pencuri sebenar dan akhirnya dikurniakan petunjuk Ilahi. best giler..seterusnya kisah Kak Mari dan juga, dan juga, dan juga.. alamak, nama hero aku lupa.. tapi kisah ni pun mantap jugak. penuh kejutan.. 1 hari je aku habiskan novel ni.. haha.. ada peningkatan..
#novel kelima#
yang ni aku tak habis baca lagi. aku ingatkan dalam 1 novel 1 kisah sahaja, rupanya koleksi kisah2 teladan islami. pendek-pendek kisahnya. masa beli tak boleh belek2 dulu sebab di packing dengan plastik. oleh kerana aku mmg minat karya kang abik, sambar saja..haha..takpe la, malam ni aku sambung balik baca novel ni..kuang kuang kuang!
#novel aku pinjam yang p'tama, ke2 & ke3#

ha, yang ni aku tak beli. pinjam akak aku punya. akak aku cakap novel ramlee awang murshid best. aku try la. tapi bahasa dalam novelnya tak setanding karya kang abik. walaupun begitu, habis juga aku baca trilogi Laksamana Sunan ni. boleh tahan la.
#novel aku pinjam yg ke4#

banyak2 novel yang aku pinjam dari akak aku, novel ni la paling malang. nak tau kenapa? haha..sebabnya aku baca 10 helai je. 2 bulan kemudian, aku sambung baca balik, tapi tak ingat dah jalan ceritanya. ulang balik. begitulah seterusnya. akhirnya, akak aku fed up, suruh aku pulangkan semula novel dia yang ni. haha.. pinjam bagai nak rak, tapi tak habis baca. lebih malang lagi, bab pertama pun tak habis. hahaha..

banyak lagi novel yang aku dah baca. tapi aku lupa judulnya. ok, tutup cerita. macam mana soalan kat atas tadi? dah ada jawapan?

macam ni la, kepada wanita2 sekalian, jangan ingat golongan anda je yang baca novel, lelaki pun suka jugak tau. kepada lelaki2 yang menyokong entry ini, berikan sokongan korang pada aku. macam mana? nukilkan saja di ruangan komen entry ini, takpun di ruangan shoutbox..

kepada akak2 & makcik2,
nak komen pun xpe, xnak komen pun xpe. jangan kutuk2 sudah la..haha.. jangan marah. nanti muka berkedut. umur baru 24, tapi macam 42 tahun..

huhu..

12 April 2009

ARTIS ITU PENDAKWAH ANDAI JALAN YANG DIPILIH LURUS!

saban hari semakin ramai artis yang kembali ke pangkal jalan. walaupun aku tidak ambil port sangat berkaitan artis di malaysia, tetapi senario sekarang ini berbeda. seorang demi seoarang artis 'berhijrah'. kamu juga berasakan demikian bukan? ada yang berhenti menyanyi, ada yg berhenti berlakon, ada yang menceburi bidang dakwah samada menyertai jemaah tabligh, terlibat secara langsung dengan PAS dan ada juga yang menukar penampilan ke arah yang lebih islamik. secara jujurnya aku amat menghargai penghijrahan mereka ini.

secara teorinya, mereka ini menkadi ikon kepada masyarakat. sekiranya pembawaan mereka di jalan yang betul, aku yakin peminat mereka juga akan mengikuti jejak langkah yg sama; hijrah ke arah kebaikan. di bawah ini aku lampirkan beberapa orang artis di malaysia yang telah berhijrah dan insyaallah istiqomah akan jalan yg mereka pilih..
Akhil Hayy :

muncul bersama kump rock D'Riyadh penghujung 80'an. kemudiannya, menyertai PAS dan aktif berceramah di seluruh pelusuk tanah air. ceramahnya unik krn diselang selikan dgn nyanyian dan kaedah yg lain. sekarang ini aktif berdakwah bersama astro. walaupun aku tak bersetuju sangat dia menyertai astro, ttp aku yakin beliau masih lagi bersama Ulama dan kepimpinannya. doakan la yg terbaik untuk akill hayy.

Fendi A to Z :

dulu beliau popular bersama kump A to Z. lagu Itik Gembo2 menjadi siulan anak muda era 90'an. aku juga tidak berkecuali meminati kump ini. kemudiannya, beliau mengambil langkah drastik keluar dari kump A to Z. mungkin tndkn beliau itu membuatkan kump A to Z terus berkubur. apabila muncul, beliau telah menukar imej yg baru. rupanya beliau telah menyertai jemaah tabligh. alhamdulillah, peminat menerimanya dgn hati terbuka. selang bbrp tahun, beliau kembali menghadap Rabbul Jalil. sama2 la kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat oleh ALLAh dan ditempatkan bersama2 gol yg soleh. Al-fatihah..


Azmil Mustafa a.k.a Ali Setan :

aku pernah terbaca bagaimana beliau berhijrah mendampingi islam secara total. beliau memaklumkan ktk namanya di ambang kemasyuran, segala jenis maksiat beliau lakukan. berzina, minum arak, pergaulan bebas, clubbing dan segala onar dilakukannya. ttp ada satu hobi yg mungkin di anggap pelik oleh org ramai menjadi rutin sehariannya. beliau begitu menggemari slot tafsiran ayat2 al quran di RTM 1 setiap hari sebelum siaran tamat. sbg org seni, beliau merasakan terjemahan itu bgt agung dan tinggi nilai seninya. lama kelamaan hatinya menjadi luluh dan berazam untuk berdamping dgn al-quran dan agama islam serta meninggalkan dunia gelapnya sbg seorang artis.

inilah beliau tika ini. tidak segan silu berceramah di mana2 saja pentas yang terbuka ruang utk beliau menyampaikan dakwah. jika sekali imbas, hampir tidak percaya kita org ini dahulunya seorang yg rosak dan spt tdk dapat diselamatkan. moga Allah menetapkan azamnya utk berdakwah dan istiqomah dalam perjuangan. Amin..

Erma Fatima :

pelakon, pengarah, penulis skrip serta penggiat teater ini begitu ke hadapan dalam mesejnya utk menyampaikan dakwah islam. baru2 ini, beliau dgn segala keazaman, mementaskan sekali lagi teater Sirah Junjungan di Istana Budaya. walaupun tidak mendapat tajaan dpd bdn2 korporat, namun semangatnya tidak pernah luntur. apa yang membuatkan aku terharu adalah apabila beliau secara jujurnya ingin membawa teater Sirah Junjungan ke negeri Kelantan. ini kerana beliau amat berharap hasil seninya itu dapat dipertontonkan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS. alsannya mudah, beliau amat meminati dan menghormati Tuan Guru. aku berharap impiannya ini tercapai dan semoga Allah memudahkan perjalanan beliau utk berdakwah..


Renggo Arrow :

dulu bersama kumpulan Arrow. abang ipar aku amat menggemari kump ini kerana lagu2 yang dinyanyikan semuanya tangkap leleh, frust menonggeng dan cintan2. tapi itu dulu, skrg sudah lain. 11 April 2009 yg lepas (semalam) di Kota Bharu beliau menyerahkan borang keahlian PAS kepada Tuan Guru Nik Aziz sempena pelancaran kempen jom sertai pas. sememangnya jalan yg beliau pilih ini tepat. ajaklah remaja yang lain berdamping dgn Islam. inilah jalan yg lurus yang menyelamatkan kita di dunia dan akhirat. insyaallah!!

Amy Search :

alhamdulillah.. syukur pada Allah. ini saja ucapan yg aku mampu utarakan. siapa sangka Amy akan berubah seperti yang anda semua sedia maklum. semoga Allah melimpahi rahmat dan menetapkan kakinya utk berhijrah.

dari siasahdaily :

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak dapat menahan kesedihan apabila terharu dengan penghijrahan artis-artis di negara ini yang semakin meminati Islam terutama Amy Serch.

Beliau yang merasmikan Himpunan Belia sempena Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan itu tidak dapat menahan sebaknya apabila mengingatkan penghijrahan artis-artis dan golongan seni yang kini semakin ramai berminat pada Islam begitu menyentuh perasaannya.

“Tiada siapa yang menyangka artis dari kumpulan rock kini telah menjadi ‘ikon’ baru kepada remaja membawa mesej yang baik kepada golongan remaja.

“Perkara itu langsung tidak pernah terfikirkan oleh sesiapapun, namun jika itu kehendak Allah apapun boleh berlaku,”ujarnya.

Bagaimanapun Amy Serch yang juga turut bersyukur dapat bersama lagi dengan Tuan Guru yang menjadi ‘idolanya’ belum berbuat demikian.Katanya, untuk ketika ini beliau ingin kekal imejnya sebagai seorang penyanyi rock dengan tidak menyertai mana-mana parti politik.

“Namun pada masa hadapan saya belum dapat tentukan lagi keadaan saya, jika itu (sertai PAS) kehendak Allah tidak mustahil saya akan berbuat demikian,”ujarnya.

Amy ketika berucap pada majlis itu turut menceritakan saat mula beliau bertemu dengan Nik Aziz yang turut hadir ke restorannya Cheng Ho di Kuala Lumpur.

Selepas itu bertemu lagi di tanah suci Mekah selepas tiga hari berada di sana untuk menunaikan umrah.

“Pada 19 April nanti Tuan Guru akan mengerjakan umrah lagi, sepatutnya saya juga akan ke sana, namun memandangkan keadaan tidak mengizinkan, saya terpaksa memilih tarikh lain,”ujarnya lagi.


***

aku mengalu2kan mana2 artis yg ingin berhijrah terutama yg menyertai Parti Islam. semoga penghijrahan anda menjadi salah satu asbab Malaysia ini disianri oleh cahaya keislaman baik dari segi hiburan, pendidikan, sukan, politik, sains, pemerintahan dan segala urus tadbir alam kerana Allah SWT telah berfirman :

"Wahai orang2 yg beriman, masuklah kamu kedalam Islam keseluruhannya (Kaaffah), dan janganlah kamu meurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu"

09 April 2009

FILEM PECAH PANGGUNG - PEMBUKAAN 9 APRIL 2009

9 April 2009/ Mahkamah Tinggi Shah Alam

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas mereka didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu.

Kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu didapati bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Selepas penghakiman dibuat, peguam kedua-dua tertuduh menyalahkan satu sama lain berhubung keputusan mahkamah itu.

Mereka mendakwa, kegagalan memanggil saksi-saksi lain telah menjejaskan kes pihak pembela untuk menyokong alibi Azilah dan Sirul.

Karpal Singh, yang menjadi peguam pemerhati bagi pihak keluarga Altantuya berkata, sabitan ke atas kedua-dua tertuduh itu, tidak dapat memperbaiki imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, masih banyak persoalan yang belum terjawab berhubung motif pembunuhan wanita Mongolia itu.

Menurutnya, satu lagi persoalan yang belum terjawab ialah sama ada kedua-dua tertuduh itu melakukannya atas kehendak sendiri atau diarahkan berbuat demikian oleh orang lain.

"Pastinya Dr Shaariibuu Setev (bapa Altantuya) tidak akan puas hati kerana beliau merasakan terdapat orang lain lagi yang turut terbabit tetapi terlepas daripada hukuman," katanya.

9 April 2009/ Istana Terengganu/11.35 am

Perdana Menteri, Datuk Seri Tun Razak menghadap Yang di-Pertuan Agong selama 30 minit untuk mempersembahkan senarai anggota kabinet barunya untuk perkenan Seri Paduka.

Najib tiba di Istana Terengganu pada kira-kira jam 11 pagi dan beredar pada jam 11.35 pagi. Perdana menteri dijadual mengumumkan senarai kabinetnya pada jam 3 petang di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.




***

hebat! briliant! penuh dramatik! emosi! sensasi! pengarahan yang baik! layak menang golden award! produksi mantop! adegan sentiasa klimaks! kalah filem tamil! rajnikanth hero si tamil pun salute!

macam ni la sebenarnya gagasan MELAYU GLOKAL! MOHON RESTU RAKYAT! SATU MALAYSIA! DAN YANG PALING PENTING MALAYSIA BOLEH!! HAHA....

06 April 2009

APABILA SASTERAWAN NEGARA BERSUARA!

[apa lagi yang di inginkan oleh insan ini? sudah tentu kedaulatan bahasa melayu itu sendiri..]

[alangkah baiknya andai 'pemimpin itu' tidak sombong dan bongkak..]

04 April 2009

SITI NURHALIZA KUNJUNGI TG NIK AZIZ

2 APRIL 2009

Penyanyi nombor satu Negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pertemuan yang diadakan di Pejabat Menteri Besar yang berlangsung kira-kira setengah jam itu turut dihadiri suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Datuk K’.

Siti Nurhaliza yang lebih mesra dengan panggilan ‘Siti’ mengambil peluang bertemu dengan Tuan Guru sempena dengan persembahannya di negeri itu sempena keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang ke-59 di sebuah hotel malam tadi.

Sempena dengan kunjungan julungkali itu, Siti Nurhaliza turut menyampaikan cenderahatinya buat Tuan Guru dan begitu juga Tuan Guru turut menyampaikan cenderahati kepada pasangan suami isteri itu.

Datuk K sempat bertanya tentang kesihatan Tuan Guru khususnya berhubung masaalah penyakit yang dihidapi ketua kerajaan itu.

Siti ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana hasrat yang telah lama diidamkannya itu untuk bertemu akhirnya membuahkan hasil walaupun pertemuan itu hanya secara spontan tanpa dirancang awal.Menurutnya, selama ini beliau hanya mengenali Tuan Guru hanya dalam media masa dan televisyen sahaja, tanpa bertemu secara dekat.

“Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami dan pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa sebenarnya, maksudnya tiada agenda apa-apa.

“Orang kata sepanjang hidup ni nak juga lah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadinya,”ujarnya lagi.

Setelah bertemu dengan Tuan Guru, beliau semakin mengenalinya sambil menyifatkan Tuan Guru seorang yang berpegang pada prinsip serta ajarannya yang tersendiri.

“Saya selalu datang Kelantan, orang kata nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru selaku tuan rumah pada negeri ni dan tidak adalah orang kata istimewa ke apa-apa ke," katanya.

Sementara itu kakitangan Pejabat Menteri Besar serta kakitangan awam lain yang berhampiran dengan pejabat itu turut mengambil peluang untuk bertemu dengan salebriti ternama itu sambil bersalam dan bergambar.

komen ana :

Sumber berita dari Siasahdaily Blogspot. mulanya ana hanya mendengar cerita ini dari sahabat ana. ingatkan hanya gurauan. rupanya benar. dan yang pasti kunjungan Kak CT dan Dato K ini tidak mendapat liputan meluas oleh media massa. tapi tidak tahulah jika melodi esok hari ada keluar cerita ini. jika tiada, mungkin kisah ini akan di wartakan di ruangan hiburan mingguan malaysia, berita minggu atau metro ahad.

dan jika tiada juga, ana tahu apa sebabnya. mungkin akibat kenyataan Kak CT ini kot :

“Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami dan pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa sebenarnya, maksudnya tiada agenda apa-apa. Orang kata sepanjang hidup ni nak juga lah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadinya”

hehe..berbulu je orang umno baca statement kak CT ni. baguslah begitu. selepas ini pakai tudung tu betul2 la . tutup betul2. Kak CT kan dah ada gelaran Hajah. kesian Dato K Kak CT tak tutup aurat dengan betul. lagi satu pesan saya, cukuplah menyanyi tu. gunakanlah bakat yang ada untuk membantu kemenangan Islam. bagaimana caranya? Kak CT tanya Tok Guru Nik Aziz ek.. hehe..

03 April 2009

NAJIB : CRIME MINISTER NOT PRIME MINISTER!!

Termaktublah sudah dalam lipatan sejarah Najib Altantuya menjadi PM Malaysia ke 6. Paklah dan isterinya mendapat gelaran TUN. TUN Lah dan TUN Jeane. Tetapi ada sedikit kemusykilan, najib ini sebagai prime minister or CRIME MINISTER??

anda ada jawapan bukan..hehe..

PASTI MATI!

jumaat/ 3 april 2009/ 115 pm

beberapa minit lagi akan masukknya waktu zohor. menjadi kewajipan bagi setiap muslim lelaki mengerjakan solat jumaat secara berjemaah. aku terfikir2 masjid mana yang mahu dikunjungi pada hari ini. sudah menjadi kebiasaan setiap jumaat aku akan bertukar dari satu masjid ke masjid yang lain untuk bersolat jumaat.

alhamdulillah, aku bersolat di masjid yang jaraknya 8 km dari ofis. sampai sahaja khatib sedang membaca khutbah. di johor ini lain sedikit, selepas bilal melaungkan azan yg ke2, dia warning kepada para jemaah agar berdiam diri ketika khatib membaca khutbah selaras hadith nabi saw.

dari corong2 pembesar suara, aku mendengar apakah intipati khutbah hari ini. Allah! aku hanya mampu tersenyum. khatib sedang berkhutbah mengenai penyakit denggi, jaga kebersihan, jangan biarkan air bertakung dan lain2, tak ubah macam iklan dari jabatan kesihatan. haha8, lawak2. pecah perut aku. oleh kerana tidak mahu kehilangan pahala jumaat, aku gelak di dalam hati shj.

inilah kelesuan kebanyakkan masjid seluruh malaysia. khutbah yg di baca tidak relate dengan keadaan semasa. maka semakin khusyuk dan tawadhuklah para jemaah. bukan khusyuk mendengar, tapi khusyuk berdengkur!!

nak buat macam mana, negeri johor kan. lebih2 berkhutbah nanti, kene banned, lebih teruk lagi akan dituduh memecahkan belahkan masyarakat kerana berkhutbah politik dalam masjid. dangkal betul pemikiran.

2.05 pm/ masjid yang sama

selepas imam membaca doa, bangun seorang lelaki mengumumkan sesuatu. niat hati hendak terus keluar dari masjid, tetapi ingin juga mendengar apa yang ingin disampaikannya. rupa2nya maklumat mengenai kematian seoarang hamba Allah dalam kariah berkenaan. beliau meminta para jemaah agar dapat bersama2 solat jenazah untuk si mati.

aku ingatkan jenazah akan sampai sebentar lagi. rupa2nya dah ada sebelah aku. pucat lesi muka aku kerana terkejut. tapi masih lagi boleh cover. tak perasan jenazah sudah sampai. so, kami para jemaah yang masih tinggal yang pada pandangan ana hampir mencecah 100 org menyembahyangkan si mati.

berdoa untuk si mati. semoga kamu mendapat tempat yang baik di sisi Allah SWT. aku dan anda semua pasti akan menyusul kamu. bukankah kematian itu perkara yang paling dekat sekali?? malangnya ramai yang mengendahkannya termasuk aku yang hina ini..

tiada harta dunia yang di bawa, tiada keluarga yang menemani, baik suami, isteri, anak2, saudara mara dan lain2. hanya membawa amalan sahaja. insafnya aku detik ini. = (

2.20 pm/ waktu pulang

sepanjang perjalanan ke ofis, aku berfikir sendirian mengapa aku seringkali lalai dalam melaksanakan perintah Allah? mengapa aku sering terlupa akan mati? mengapa juga ada pemimpin yang sanngup mengkhianati amanah rakyat? mengapa ada yg sanggup mengamalkan rasuah? mengapa cukup ramai makhluk yang asalnya dari mani ini sombong, ego, bongkak seolah2 kehidupan dunia ini selama2nya? sedangkan kematian itu semakin menghampiri?

setiap satu ku tahu jawapannya. anda juga begitu bukan..

HARI MALANG BAGI RAKYAT MALAYSIA!!

kisah itu bermula..

seantero ceruk negara sudah mengetahui Najib Tun Razak akan ditabalkan sebagai The New Prime Minister of Malaysia, today. Abdullah Ahmad Badawi as Lately Prime Minister menyerahkan delegasinya kepada Najib Tun Razak dalam keadaan 'aman', 'beradab' dan 'tiada perebutan'.

inilah yg cuba didoktrinkan kepada rakyat malaysia. pada pandangan rakyat, peralihan kuasa ini berjalan dengan lancar (mereka golongan yg tidak terdedah dgn media alternatif). media massa memainkan peranan paling agresif dalam membentuk pemikiran begini. walhal kita tahu Abdullah Ahmad Badawi dipaksa untuk meletakkan jawatan selepas kejutan kekalahan terbesar dalam Pilihanraya Ke 12 yg lepas.

Muhyiddin mengkhianati Abdullah, dan seterunya semua bersetuju agar peralihan kuasa dipercepatkan. kononnya nak mengembalikan kekuatan Umno dan Barisan Nasional. takpelah, mungkin sudah tertulis Abdullah Ahmad Badawi memimpin Malaysia dalam tempoh masa 6 tahun lebih bermula oktober 2003.

kenapa hari ini malang bagi rakyat Malaysia?

sepanjang sejarah pelantikan Perdana Menteri, Najib lah yang mempunyai imej yang paling buruk walaupun belum menjadi PM. belum lagi berada di tampuk kekuasaan, semua skandal nya diketahui oleh masyarakat umum. bukan sahaja oleh rakyat malaysia, bahkan seluruh dunia terutama di Monggolia.

di bawah ini dinyatakan skandal Najib Tun Razak sblum menjadi PM :


[ini yang diketahui, yang tidak diketahui, wallahualam]

adakah ini lawak april fool?

tidak sama sekali. ini bukan mimpi, inilah realiti hari ini. kita berperdana menterikan seorang yang paling banyak skandal sepanjang sejarah Malaysia. walaupun beliau dari parti umno, tetapi beliau perdana menteri bagi semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, ras kaum, agama dan budaya.

hendak juga aku menyedapkan hati, takut2 ini jenaka april fool, tapi apakan daya hari ini 3 April 2009 bukan 1 April 2009.. (^_^)

[sesungguhnya yang benar itu pasti benar, dan yang bathil itu tetap bathil walaupun cuba dicantikkan dan diamalkan. Kemenangan Islam itu hampir tiba. Bila? Hanya Allah Yang Mengetahui...]

01 April 2009

CATATAN DI JENGKA (Bahagian 1)

5 hari aku di jengka membuatkan hati ini terpanggil2 untuk berkongsi cerita.
ringkasan xtvt seharian aku di jengka

= tido+makan+layan astro+jalan2

huhu..simple kehidupan jika pengamalan ini berterusan kan..seolah2 dipersetankan keadaan sekeliling..

sepanjang 5 hari juga, hati aku meronta-ronta untuk memasukkan entri ke dalam blog kesayangan ramai ini (ramai ke..huhu..)..mesti ramai yang menantikan posting yang baru..(haha..nikjoe mesti jeles baca)

sekali sekala balik ni molek benar menziarahi rakan2 taulan. terubat jugak rindu di hati. akhirnya, pada hari khamis lepas aku ke jengka 11 melawat abang lukman dan juga kak shee..

mereka berdua ni dah berkahwin dan baru sahaja dikurniakan cahaya mata. kak shee masih lagi dalam tempoh berpantang. apa yg paling membuatkan aku teruja adalah aku telah dijamu dengan hidangan yg cukup istimewa di rumah mereka.. nak tau apa?

hehe..makan nasi ayam..haha..bukan selalu..

so, kat sini aku nak kongsi dgn korang semua gambar anak abg lukman + kak shee = muhammad yusuf darwisy :

see his face..tengah senyum kan..korg tau sebab apa? darwisy terlihat malaikat la tue..comel kan!!

aku tak puas capture gambar darwisy dalam sangkar (aku tak tau la apa nama benda tue, sangkar? ok la ek..huhu..), so aku bukak sangkar, capture gambar dia..ishh, geram aku..huhu..

ha, ni la abg lukman, walid si darwisy ni.. time ni dia tunjuk ajar cara pegang baby dengan betul..sebelum tu aku dah pegang..tapi kantoi..byk cacat celanya..memang xdek ciri2 ayah yg sejati la..haha..o ye, walaupun aku ada 22 org anak saudara, tapi time kecik camni x penah pegang..takut..haha..tapi dah ada baby nanti semuanya akan berubah..kuang kuang kuang!!!


ini sebahagian dari catatan aku di jengka..nanti aku masukkan catatan yg seterusnya..tungggguuu!!! huhu...

WAKENABEB!!

aku agak hairan student aku pada hari ini seringkali membuat lawak bodoh ..
selalunya tidak begitu..
apakah yg telah merasuk mereka?
histeria ke?
hehe..jangan la sampai macam tu..
aku juga yang susah nanti..
akhirnya, barulah aku tahu yang mereka berpakat kenakan aku dan mengatakan :
APRIL FOOL!!
haha.. klakar!!
tidak kusangka mereka bekerjasama..
mungkin mereka mengikut tema wonderpet : apa yang penting kerjasama.. haha..
aku hanya mampu tersenyum..

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan