Powered By Blogger

29 December 2009

19 Disember 2009 - Konvensyen PR

Salam to all. Juga salam muafakat. 18-12-2009 aku ke Jengka, 19-12-2009 aku ke Shah Alam. Oleh itu, tepat jam 1130 malam 18-12-2009 aku bergerak pulang ke Segamat bagi Konvensyen Pakatan Rakyat keesokannya di Auditorium MBSA, Selangor. Sampai Segamat jam 2.30 pagi. Layan facebook sekejap, lelap dan jam 5.30 bersiap-siap utk ke Shah Alam. Tumpang rakan, alhamdulillah.

Sukar juga mencari Auditorium MBSA, namun dengan bantuan Encik Hakim Ishak menyebabkan kami yang berkenderaan Toyota Avanza sampai ke venue yang ditetapkan. Lewat sikit. Daftar pukul 8.30 am - 9.00 am, namun kami sampai jam 9.30 am. Auditorium penuh. TV disediakan di luar. Takpelah, tonton dari luar pun ok juga.

Bersebelahan Auditorium MBSA, tersergam indah Masjid Besar Shah Alam. Kalau gambar-gambar cantik macam ni, sudah pasti di ambil dari sahabat facebook - Encik Hakim Ishak. Ahakzz..

Tanda muafakat ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat. Gambar ini langsung tidak dipaparkan di mana-mana media perdana. Apatah lagi gambar Karpal Singh dan TG Nik Aziz bersalaman sambil meliritkan senyuman manis bersama.

Jumpa rakan facebook. YB Sivakumar merangkap Speaker Sah Negeri Perak (aktif facebook dia ni) dan juga Abang Aswadil, juga rakan facebook.

Sambil perwakilan ketiga-tiga parti membahaskan ucaptema ketiga-tiga pimpinan utama Paktan Rakyat, aku tidak melepaskan peluang untuk ke Gerai Gedung Kartun. Berbaju Hitam itu kartunis Zunar (rakan facebook) dan berbaju putih Ibnukaduk Amier (juga rakan facebook). O ye, Amier ni budak Jengka juga. Dia Jengka 15, aku Jengka 21. Dia juga kartunis dalam Konco Zunar.

Masa untuk makan. Yezza.

Kemudian, kembali semula ke Auditorium. Dan kali ini aku dapat masuk ke dalam. Ha, inilah Encik Hakim Ishak. Amacam, ada gaya Taufik penyanyi Singapore tak? Ahakzz.. Dia la cameraman yang sentiasa ada di mana-mana program besar. Juga rakan facebook aku. Sekarang ada nama timangan - Dr Panda (*Cik Ira dari Brunei mesti senyum bila aku menggelarkan Hakim sebagai Dr Panda..ahakzz)

Apa2pun, tahniah kepada Pakatan Rakyat kerana telah berjaya menghimpunkan ketiga-tiga perwakilan parti dari seluruh Malaysia. Ini merupakan satu sejarah negara. Insyaallah, dengan komitmen yang berterusan, dengan pendekatan yang mesra dengan zaman serta pertolongan Allah Azzawajalla, Pakatan Rakyat bisa mengambil alih Kerajaan Malaysia. Kita sama-sama nantikan. Insyaallah.

Paktam : waaaaaaa... Akhi bergambar dgn Super Siva la.. Dengki lak Paktam tengok.

Maktam : Hahahahah..Paktam jangan la jeles. Mamat sorang tu kan suka enterframe.. haha., Akhi jangan marah tau. Memang Akhi macam tu. Jangan nak nafikan k.. Ahakzz...


0 komentar:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan