16 January 2010

Orang Muda Geng Kita! Di Mana Muslimat PAS dan Nisa'?

Salam to all. Kempen Orang Muda Geng Kita dah lama dilancarkan oleh Dewan Pemuda Pas Pusat. Kredit to Ustaz Nasrudin Tantawi. Kempen yang bagus. Mesra~ Lihat gambar bawah :

Itu logo bagi Kempen Orang Muda Geng Kita. Jika Negeri Pahang akan di sebut Orang Mude Rodong Koi~ Kalau di Negeri Kelantan berbunyi begini Ore Mudo Geng Kito Blako~ Terjemahkan la mengikut negeri anda~ Maksudnya tetap sama~ Pokoknya, kempen ini perlu diteruskan dan dikemaskini~ Aku sedia membantu Ustaz Din Tantawi dan DPPP.

Sambutan Tahun baru 2010~ Lihat bagaimana Dewan Pemuda PAS menyantuni remaja~ Beb, budak2 ni la yang akan mewarisi masa depan~ Baik buruk mereka, ini juga yang akan mewarisi negara~ Apa lagi, giatkan usaha mendekati golongan ini sahabatku~

Baik, tamat 1 cerita~ Bagaimana Dewan Pemuda mendepani golongan muda wajar di contohi~ Bagimana pula dengan muslimat PAS? Apa pendekatan?

Majoriti penduduk di Malaysia adalah wanita~ Dalam majoriti itu remaja juga yang menjadi majoriti~ Maka, apa pendekatan Muslimat PAS? Sudah terfikir idea untuk menarik golongan muda seperti usaha yang dilakukan oleh Pemuda Pas?

Apa kata mantapkan Nisa' yang menjadi NGO di bawah Dewan Muslimat. (jika aku tak silap, jika salah, sila betulkan)~ Ini logo Nisa' :

Logo dan warna amat menarik~ (p/s : dapat dari google. credit to Nisa' Teluk Intan)

Nisa' ini pula lawannya Puteri UMNO. Puteri UMNO ini pula suatu entiti yang cukup kuat di dalam UMNO, di iktiraf menjadi salah 1 Dewan utama~ Persetankan perilaku mereka~ Apa yang aku nak utarakan adalah pengiktirafan yang diberikan oleh UMNO kepada remaja wanita~ Jika PAS ada Nisa', mengapa tidak mantapkan struktur organisasi? Bicangkan secara serius akan perkara ini~ Bukan menjadikan Nisa' ada tidak mengapa, tidak ada juga tidak mengapa~ Jangan hapuskan hasil buah fikiran Allahyarham Ustaz Fadhil Noor ni~

Makanya, remaja wanita Islam nak diharapkan kepada Puteri UMNO sebagai pembela? Jika ya, lihat gambar di bawah :

Amacam, tergamak ke menyerahkan tugas tarbiyah remaja Islam kepada Puteri UMNO? Serahkan kepada Puan Rosmah Mansor? Puan Shahrizat Jalil? Jika tidak mahu, ayuh laju dalam bekerja~

Jika ada kritikan, maka ada cadangan. Ini baru betul~ Dewan Muslimat PAS dan Nisa' kenal bukan artis wanita di bawah ini :

Yuna~ Oh Bulan~ Graduan UiTM~ Dia ni public figure tika ini~ Makin famous bila diangkat menjadi Naib Juara AJL 2009 yang lepas~ Muslimat PAS dan Nisa' terbayangkan sesuatu atau tidak bila melihat Yuna?

Ada sebarang idea bagi memanfaatkan beliau untuk kebaikan Islam? Jika ada, dekati beliau~ buat kunjungan hormat~ Jangan rigid~ Jangan berada dalam kelompok solehah saja~ Zaman itu telah berlalu~ PAS di dalam PR sudah menjadi Kerajaan~ Masa depan insyaallah milik kita~ Makanya, sekarang sudah perlu mendekati golongan artis~ Jangan harapkan Dewan Pemuda PAS sahaja~

Jika task yang pertama ini berjaya dilaksanakan oleh Dewan Muslimat dan Nisa', barulah seiring kempen Orang Mude Geng Kite gagasan Dewan Pemuda PAS~

Aku yang kerdil lagi hina : Akhi Fairuz Al-Jengkari~

Paktam : Yezza..Akhi dan kembali normal dengan artikel yang bermanfaat~ Chaiyok2
Maktam : Maktam setuju akhi..Maktam taknak remaja hanyut dengan budaya hedonisme tajaan KERAjaan~ Cool~

0 komentar:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan