Tan Sri Musa Hassan ber bin kan Tan Sri Ustaz Hassan Azhari. Tokoh ilmu al-quran yang terkenal di Malaysia. Adiknya Datuk Jalaludin Hassan. Lain ibu rasanya. Muka hampir sama.
Masih ingat isu pemecatan Anwar? Ingat lagi bagaimana beliau bekerjasama dengan Ghani Patail memalsukan dokumen? Semasa itu beliau belum lagi di takhta PDRM. Jasa itu dikenang, kemudian Kepala Negara mengangkat beliau menjadi Ketua Polis Negara. Bagus, tolong-menolong sesama kroni.
Malas aku nak ulas panjang-panjang. Lama di ulas, mula aku nak ungkit peribadi beliau. So, baca sahaja ulasan di bawah ini, juga dari Pahangdaily :
"Pakatan Rakyat menyelar tindakan Perdana Menteri Najib Tun Razak menyambung kontrak perkhidmatan Ketua Polis Negara bermasalah, Tan Sri Musa Hassan. Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Parti Keadilan Rakyat Badrul Hisham Shahrin tindakan menyambung kontrak Musa disebalik tuduhan terbabit dalam sindiket kongsi gelap, pemalsuan bahan bukti serta kegagalan mencantas indeks jenayah kebangsaan adalah amat memalukan.
Badrul berkata demikian merujuk kepada tindakan kerajaan melanjutkan tempoh khidmat Musa untuk setahun kepada September 2010. Musa dijadualkan bersara pada 13 September tahun ini. Ini adalah kali kedua perkhidmatannya dilanjutkan. Kali pertama adalah semasa di bawah pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi pada September 2007.
“Bagaimana terdapat koleksi akuan bersumpah bukan sahaja dari orang awam tetapi anggota PDRM sendiri yang mengaitkan musa dengan kegiatan kongsi gelap dan ia lebih memarahkan lagi dalam keadaan negara berdepan dengan indeks kadar jenayah negara yang semakin meningkat.
“Bermakna amat diragui intergritinya ia amat memalukan dan amat menggusarkan seluruh rakyat dalam negara dan rasa amat malu selaku pimpinan dalam parti mengecam dan kesal dengan tindakan Najib mencadangkan pada Yang DiPertuan Agong untuk Musa dipanjangkan kontrak,” katanya.
Badrul turut menyifatkan hari ini sebagai hari malang bagi negara dengan pengumuman penyambungan kontrak Musa yang merupakan Ketua Polis Negara paling bermasalah.
“Musa ini bukan sahaja diragui lantikannnya terhadap jawatan berkenaan pada peringkat awalnya adalah hasil daripada kesungguhan beliau memalsukan bukti dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini telah dibuktikan dan disebut tetapi tidak dicabar pembuktian tersebut,” katanya.
Sementara itu Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Mohammad Sabu berasa hairan kerana penyambungan kontrak itu kerana Musa mempunyai prestasi buruk dalam mengendalikan pasukan polis. Menurutnya, ramai lagi anggota polis yang lebih layak untuk dilantik sebagai Ketua Polis Negara.
“Kita amat tidak senang dengan tindakan Perdana Menteri yang menyambung khidmat ketua polis yang kita boleh mengambil mana-mana pemimpin polis lebih berwibawa. “Kalau mahu jadi yang berwibawa tentu ada tetapi Najib mungkin perlu ketua polis seperti ini untuk menjaga Umno dan Barisan Nasional,” katanya."
[Apa yang pasti, keputusan kerajaan menyambung kontrak Musa Hassan kerana beliaulah Ketua Polis Negara yang paling berjaya membentuk satu "bala tentera" untuk menggempur parti pembangkang di negara ini. Kerana Musa Hassan, pilihanraya kecil dijadikan "medan tempur" antara rakyat dengan kerajaan. Musa berjaya mengubah persepsi rakyat terhadap polis.
Jika dulu, rakyat hanya tidak suka kepada polis. Kini rakyat menjadi benci dan meluat-luat kepada polis. Musa berjaya membentuk polis yang menakut-nakutkan rakyat. Malah mereka juga menjadi musuh kepada rakyat, bukan lagi pelindung keselamatan mereka. Apa yang dilindungi oleh mereka ialah, kuasa yang ada pada pemimpin UMNO dan BN semata-mata.
Sebab itulah polis digunakan untuk membuat huru-hara dalam Sidang DUN Perak hingga tergamak membawa keluar Speaker secara tidak bermaruah. Polis juga memburu sesiapa sahaja pemimpin atau penyokong pembangkang yang didapati boleh menggugat kerajaan BN. Anehnya, jenayah terus meningkat di zaman Musa Hassan.
Apakah kerana beliau adalah anak tokoh ugama terkenal di negara kita iaitu Ustaz Hassan Azhari. Sedih rasanya melihat beginilah caranya anak kepada tokoh agama menjalankan kerja. Semoga rakyat akan menjatuhkan kerajaan yang sudah tidak mengutamakan mereka ini !].
Ingat aku bait-bait lagu Iman Mutiara nyayian Kumpulan Raihan :
IMAN TAK DAPAT DIWARISI... DARI SEORANG AYAH YANG BERTAKWA.. IA TAK DAPAT DI JUAL BELI.. IA TIADA DI TEPIAN PANTAI..
Hidup! Hidup! Hidup Islam!
Hancur! Hancur! Hancur Kezaliman!
Allahuakhbar!!
0 komentar:
Post a Comment