12 September 2009
Kisah 4 - Lailatul Qadr
sabda RASULULLAH yang baksudnya, “…Maka carilah ia sungguh2 pada 10 malam yang terakhir dari Ramadhan.”
aku berfikir juga, jika berkebetulan malam ini adalah malam lailatul qadr, adakah aku mendapat pahala menulis selama 1000 bulan? wau!! lumayan ganjaran itu. Insyaallah andai kisah ini memberi pengajaran dan penambahan ilmu kepada kita semua.
sesuatu yang menarik berkaitan malam lailatul qadr ini adalah pada satu ketika di salah sebuah bandaraya di amerika syarikat tiada langsung kes2 kemalangan, kecurian, kematian dan rompakan. pihak berkuasa merasa hairan dan pelik mengapa ini boleh berlaku. setelah diselidik, rupanya ia berlaku di dalam bulan ramadan. dan berkemungkinan besar ia malam lailatul qadr.
ok, kenapa ini bholeh berlaku? kamu ingat atau tidak terjemahan tafsir sebelum ini : Selamat sejahteralah ia (lailatul qadr) sehingga terbit fajar (subuh). ya, malam itu semuanya semalat. kemalangan zero. kecurian zero. rompakan zero. segalanya baik2 saja. unggas2 steady, langsung tdk aktif seperti hari2 sebelumnya. cuaca tdk terlalu panas dan tdk terlalu sejuk. bintang2 jelas kelihatan. Allah, begitu byk tanda2 Allah tunjukkan pada kita bagaimana mencari lailatul qadr.
teman2, sekiranya terdapat bayi yang lahir pada malam ini, semuanya akan mendapat rahmat dr Allah SWT, samada lahir sebagai muslim atau non muslim. dan insyaallah suatu kajian yang dibuat kebanyakkan non muslim yang memeluk islam semasa dewasa adalah mereka yang lahir pada bulan ramadan. mungkinkah mereka lahir pada malam lailatul qadr? Allah lebih mengetahui. Namun aku ttp optimis, malam ini selamat sejahtera hingga terbit fajar. Allahuarabbi..
agak2 la, bagaimana kita tdk terlepas lailatul qadr setiap kali ramadan menjelang? senang sahaja. Ikut tips dari sahabat Nabi SAW; Ibnu Masud : " Setiap malam adalah malam Lailatul Qadr"
haha..jika kita berpendirian spt Abdullah Ibnu Masud, nescaya kita tdk akan terlepas malam lailatul qadr setiap tahun. tidak kiralah samada ia malam ke 21, 23, 25, 27, mahupun 29. dan yang pasti esoknya cahaya matahari samar2 menembusi bumi kerana dipenuhi dgn tutupan sayap para malaikat. Allahuakhbar!!
Kisah 3 - Lailatul Qadr
ok, kita kembali semula kepada tafsir surah al-qadr ayat yang seterusnya.
Sambungan Tafsir
Sufyan as Thauri berkata, “telah disampaikan kepada aku daripada Mujahid bahawa malam al qadr lebih baik daripada seribu bulan (maknanya): amalannya, puasanya, dan mendirikan malamnya adalah lebih baik dari seribu bulan. Dan daripada Mujahid, Malam al qadr lebih baik daripada seribu bulan yang tidak ada malam al qadr padanya.
Daripada Abi Hurairah radhiallahu anhu berkata bahawa Rasulullah bersabda, “ Barangsiapa yang mendirikan malam al qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan keampunan dari Allah, diampunkan baginya dosanya yang telah lampau.”
Ayat 4-Malaikat Turun Bawa Rahmat dan Berkat
Malaikat-malaikat yang dimaksudkan dalam ayat ialah malaikat rahmat yang membawa segala rahmat dan keberkatan pada malam itu. Banyaknya malaikat turun menandakan banyaknya keberkatan dan rahmat turun pada malam al qadr. Keadaan ini samalah ketika turunnya Malaikat kepada orang yang sedang membaca al Qur’an atau orang yang duduk dalam majlis /halaqah zikr. Mereka melingkungi orang yang berzikir serta melabuhkan sayap mereka ke atas orang2 yang menuntut ilmu kerana memuliakan penuntut ilmu.
Manakala ar Ruh pula ialah Malaikat Jibril alaihissalam.Adapun “membawa segala urusan” membawa maksud segala taqdir berkaitan ajal dan rezeki, dan ketentuan segala perkara sebagaimana disebut oleh qatadah.
Ayat 5-Sejahtera hingga Subuh
Sejahtera di sini bermaksud Syaitan tidak dibenarkan melakukan perkara2 jahat pada malam itu. Kata Qatadah dan Ibn Zaid , Rasulullah bersabda, “ Salaamun hia” bermaksud baik seluruhnya , tidak ada padanya(malam al qadr) kejahatan hinggalah terbitnya fajr(Subuh).
Adapun antara tanda Malam al Qadr ialah berdasarkan kepada hadis2 di bawah :
Dari ‘Ubay Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Artinya : Pagi hari malam Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi” [Hadits Riwayat Muslim 762]
Dari Abu Hurairah, ia berkata : Kami menyebutkan malam Lailatul Qadar di sisi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda.
“Artinya : Siapa di antara kalian yang ingat ketika terbit bulan seperti syiqi jafnah” [4]
Dan dari Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Artinya : (Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan”
[Tahayalisi 349, Ibnu Khuzaimah 3/231, Bazzar 1/486, sanadnya Hasan]
Kisah 2 - Lailatul Qadr
Siapakah beliau? Kita gali lagi tafsir surah ini.
Ayat 2 & 3-ASAL USUL SERIBU BULAN
Diriwayatkan daripada Ibnu Abi Hatim daripada Mujahid bahawa ada seorang lelaki dari Bani Israil, namanya Syam’un. beliau merupakan seorang pahlawan Islam yang berjuang di jalan Allah selama seribu bulan. Selama perjuangannya seribu bulan, beliau tidak pernah dikalahkan oleh musuhnya.
Ada pula riwayat Ibnu Jarir daripada Mujahid juga, mengatakan beliau (lelaki Bani Israil) itu pada malam harinya sentiasa mendirikan ibadah malam sehingga subuh, manakala pada siang harinya berjihad menentang musuh sehinggalah menjelang petang selama seribu bulan.
Hikayat Sham’un
Imam Al Ghazali menceritakan kisah Sham’un dengan agak terperinci. Kisahnya begini: Sham’un merupakan seorang pahlawan di kalangan Bani Israil dan beliau tidak pernah dikalahkan musuh. Suatu hari, musuh nya berbincang cara untuk menewaskan Syam’un. Lalu mereka menghantar utusan kepada Isteri Syam’un untuk memperdayakannya. Utusan tersebut membawa satu bejana ppenuh dengan emas dan meminta isteri Syam’un supaya mengikat suaminya pada malam hari.
Akibat tamakkan emas, isterinya sanggup mengikat Syam’un pada malam harinya. Keesokkan paginya, apabila Syam’un bangkit dari tidur, dengan mudahnya tali yang mengikatnya terputus satu demi satu. Lalu beliau bertanya kepada isterinya kenapa beliau diikat? Jawab isterinya, dia mahu menguji kekuatan Syam’un.
Apabila pihak musuh mengetahui bahawa rancangan tersebut gagal, mereka berputus asa. Kemudian Iblis datang menemui mereka dan menasihati mereka agar meminta isteri Syam’un tanya suaminya itu apakah rahsia kekuatannya? Pada malam nya, si isteri bertanyakan Syam’un tentang perkara itu.
Syam’un yang pada awalnya keberatan memberitahu, akhirnya mendedahkan rahsia kekuatannya terletak pada lapan helai janggutnya yang panjangnya hingga ke tanah. Setelah Syam’un terlena, si isteri pun memotong janggut suaminya yang hanya lapan helai itu lalu diikatnya pada kaki dan tangan Syam’un.
Pihak musuh datang menangkap Syam’un dan membawanya ke rumah pasung untuk diseksa. Mereka menyeksa Syam’un dengan memotong sedikit demi sedikit anggota tubuh Syam’un seperti telinga, mulut dan lain-lain. Lalu Syam’un yang berada dalam kesakitan , berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk melawan musuhnya. Tiba-tiba Allah memakbulkan doa Syam’un , dan Syam’un menarik ikatan yang mengikatnya pada tiang2 besar di rumah pasung itu hingga menyebabkannya runtuh lalu menimpa musuh2nya sehingga mati.
Baiklah, kisah Sham'un ini begitu dicemburui oleh para sahabat nabi. Ini kerana diriwayatkan Sham'un semasa hidupnya berjihad di jalan Allah selama 1000 bulan tanpa henti. Maka menangislah para sahabat kerana mereka sedar umur ummat Muhammad hanya lingkungan 60 ke 70 tahun. Maka, turunlah ayat ini. Bergembiralah para sahabat apabila mendapat khabar bisa mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda pada malam lailatul qadr.
Kisah 1 - Lailatul Qadr
Tafsir Surah al Qadar.
1.Innaa anzalnahu fii lailatil qadr.
2.Wa maa adrooka maa lailatul qadr
3.Lailatul qadri khairummin alfi syahr.
4.tanazzalul malaa’ikatu warruuhu fiihaa bi iznirabbihim minkulli amr
5.saaalamun hiya hatta mathla’il fajr.
Maksudnya:
1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.
2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan
4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.
5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).
salam semua serta salam 1 malaysia (ha-ha-ha..mcm berita RTM kan). beb, kali ni aku nak kongsi berkaitan dgn malam lailatul qadr. yang mana boleh dijadikan pedoman dan peringatan bagi kita.mari kita fahami tafsir surah ini :
TAFSIRNYA
Lailatul Qadr juga dikenali dengan Lailatul Mubarakah sebagaimana yang disebut dalam firman Allah yang berbunyi, “Innaa anzalnahu fi lailatin mubaarakah.” yg maksudnya, “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya(al Qur’an) pada malam yang penuh keberkatan”. Dan malam tersebut sudah pastinya di bulan Ramadhan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al Qur’an.” Ibn Abbas berkata: Allah telah menurunkan al Qur’an dalam jumlah yang satu(sekaligus) daripada lauh mahfuz ke baitul ‘Izzah di Langit Dunia. Kemudian ia diturunkan secara beransur-ansur berdasarkan kejadian yang berlaku sepanjang kehidupan Nabi Muhammad sebagai Rasulullah selama tempoh 23 tahun.
Ok, dah jelas mukadimah malam lailatul qadr ini, kita ikuti sambungannya dalam kisah yang ke-2.
04 September 2009
'Potong' Saga..lucu sungguh cerita ini..
ha-ha-ha..lucu2. namawee berlakon selepas lagu negarakuku nya. potong rambut la, bukan potong 'benda' tu. terbayang2 aksi tunggang motosikal sambil melihat gadis2 seksi. ereksi pula. ha-ha-ha. kelakar.. semoga terhibur..
Tok Guru Nik Aziz - The Tree
Aku suka video ini. Tok Guru jelaskan betapa hikmahnya menanam pokok. Jelas. Tahniah Amir Muhammad. Filem pendek yang amat menarik.
03 September 2009
Oh, NO!!! Musa Hassan was still IGP! Urghh..
Masih ingat isu pemecatan Anwar? Ingat lagi bagaimana beliau bekerjasama dengan Ghani Patail memalsukan dokumen? Semasa itu beliau belum lagi di takhta PDRM. Jasa itu dikenang, kemudian Kepala Negara mengangkat beliau menjadi Ketua Polis Negara. Bagus, tolong-menolong sesama kroni.
Malas aku nak ulas panjang-panjang. Lama di ulas, mula aku nak ungkit peribadi beliau. So, baca sahaja ulasan di bawah ini, juga dari Pahangdaily :
"Pakatan Rakyat menyelar tindakan Perdana Menteri Najib Tun Razak menyambung kontrak perkhidmatan Ketua Polis Negara bermasalah, Tan Sri Musa Hassan. Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Parti Keadilan Rakyat Badrul Hisham Shahrin tindakan menyambung kontrak Musa disebalik tuduhan terbabit dalam sindiket kongsi gelap, pemalsuan bahan bukti serta kegagalan mencantas indeks jenayah kebangsaan adalah amat memalukan.
Badrul berkata demikian merujuk kepada tindakan kerajaan melanjutkan tempoh khidmat Musa untuk setahun kepada September 2010. Musa dijadualkan bersara pada 13 September tahun ini. Ini adalah kali kedua perkhidmatannya dilanjutkan. Kali pertama adalah semasa di bawah pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi pada September 2007.
“Bagaimana terdapat koleksi akuan bersumpah bukan sahaja dari orang awam tetapi anggota PDRM sendiri yang mengaitkan musa dengan kegiatan kongsi gelap dan ia lebih memarahkan lagi dalam keadaan negara berdepan dengan indeks kadar jenayah negara yang semakin meningkat.
“Bermakna amat diragui intergritinya ia amat memalukan dan amat menggusarkan seluruh rakyat dalam negara dan rasa amat malu selaku pimpinan dalam parti mengecam dan kesal dengan tindakan Najib mencadangkan pada Yang DiPertuan Agong untuk Musa dipanjangkan kontrak,” katanya.
Badrul turut menyifatkan hari ini sebagai hari malang bagi negara dengan pengumuman penyambungan kontrak Musa yang merupakan Ketua Polis Negara paling bermasalah.
“Musa ini bukan sahaja diragui lantikannnya terhadap jawatan berkenaan pada peringkat awalnya adalah hasil daripada kesungguhan beliau memalsukan bukti dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini telah dibuktikan dan disebut tetapi tidak dicabar pembuktian tersebut,” katanya.
Sementara itu Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Mohammad Sabu berasa hairan kerana penyambungan kontrak itu kerana Musa mempunyai prestasi buruk dalam mengendalikan pasukan polis. Menurutnya, ramai lagi anggota polis yang lebih layak untuk dilantik sebagai Ketua Polis Negara.
“Kita amat tidak senang dengan tindakan Perdana Menteri yang menyambung khidmat ketua polis yang kita boleh mengambil mana-mana pemimpin polis lebih berwibawa. “Kalau mahu jadi yang berwibawa tentu ada tetapi Najib mungkin perlu ketua polis seperti ini untuk menjaga Umno dan Barisan Nasional,” katanya."
[Apa yang pasti, keputusan kerajaan menyambung kontrak Musa Hassan kerana beliaulah Ketua Polis Negara yang paling berjaya membentuk satu "bala tentera" untuk menggempur parti pembangkang di negara ini. Kerana Musa Hassan, pilihanraya kecil dijadikan "medan tempur" antara rakyat dengan kerajaan. Musa berjaya mengubah persepsi rakyat terhadap polis.
Jika dulu, rakyat hanya tidak suka kepada polis. Kini rakyat menjadi benci dan meluat-luat kepada polis. Musa berjaya membentuk polis yang menakut-nakutkan rakyat. Malah mereka juga menjadi musuh kepada rakyat, bukan lagi pelindung keselamatan mereka. Apa yang dilindungi oleh mereka ialah, kuasa yang ada pada pemimpin UMNO dan BN semata-mata.
Sebab itulah polis digunakan untuk membuat huru-hara dalam Sidang DUN Perak hingga tergamak membawa keluar Speaker secara tidak bermaruah. Polis juga memburu sesiapa sahaja pemimpin atau penyokong pembangkang yang didapati boleh menggugat kerajaan BN. Anehnya, jenayah terus meningkat di zaman Musa Hassan.
Apakah kerana beliau adalah anak tokoh ugama terkenal di negara kita iaitu Ustaz Hassan Azhari. Sedih rasanya melihat beginilah caranya anak kepada tokoh agama menjalankan kerja. Semoga rakyat akan menjatuhkan kerajaan yang sudah tidak mengutamakan mereka ini !].
Ingat aku bait-bait lagu Iman Mutiara nyayian Kumpulan Raihan :
IMAN TAK DAPAT DIWARISI... DARI SEORANG AYAH YANG BERTAKWA.. IA TAK DAPAT DI JUAL BELI.. IA TIADA DI TEPIAN PANTAI..
Hidup! Hidup! Hidup Islam!
Hancur! Hancur! Hancur Kezaliman!
Allahuakhbar!!
Apa nak jadi dengan negeri Pahang?
Aku lahir betul-betul di Jengka 21 Pahang. Dalam rumah lagi beralamat 154 Blok 15 jam 5.35 petang. 8 hb 8 yang lepas genap 24 umur aku. Maka, tarikh 8 hb 8 itu juga sudah 53 tahun Umno BN memerintah negeri Pahang.
Lama tu. Negeri besar. Balak banyak. Sungai Pahang cukup panjang. Mampu membekalkan air lagi ke Negeri Selangor. belum dikira pendapatan Kerajaan Negeri dr aspek pelancongan & kebudayaan. Kaya Negeri Pahang ni. Namun semakin lama semakin nazak dan tenat. Kamu tahu kerana apa? Ikuti ulasan dari Pahangdaily ini :
"Rakyat Pahang yang terpaksa menanggung dua saman sebelum ini berjumlah hampir RM300 juta kini dibebankan dengan tiga lagi saman baru daripada dua buah syarikat dengan nilai yang sama. Ini bermakna dalam tempoh antara bulan April dan Ogos tahun ini sahaja kerajaan negeri Barisan Nasional pimpinan Adnan Yaakob disaman lebih RM600 juta oleh empat buah syarikat.
Yang lebih mengemparkan, keseluruhan saman yang dihadapi oleh kerajaan negeri Umno-BN kini dalam lingkungan RM5 bilion, termasuk jumlah yang dituntut oleh pelbagai pihak ketika Pahang dipimpin oleh Khalil Yaakob. Ketika mendedahkan perkara ini , Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, berkata kerajaan BN telah mengambil sikap tidak bertanggungjawab sama sekali dengan mengadai masa depan Pahang dan rakyatnya. "Kesemua kes saman terhadap kerajaan negeri Pahang adalah disebabkan amalan rasuah, kronisma, penyelewengan dana dan salah urustadbir sepanjang sejarah negeri ini diperintah oleh Umno dan BN. "Hak dan nasib rakyat Pahang diketepikan tetapi yang lebih penting bagi pemimpin UMNO-BN ialah kekayaan yang mereka kaut melalui kontrak diagihkan sesama mereka.
Apabila berlaku masalah rakyat Pahang yang terpaksa menanggungnya," jelas Azan. Sekiranya jumlah saman RM5 bilion dibahagikan dengan jumlah penduduk Pahang seramai 1,483,600 orang, setiap rakyat negeri itu termasuk bayi yang baru lahir dan masih dalam buaian terpaksa menanggung hutang sebanyak RM3,370.
Saman terbaru berjumlah lebih RM100 juta difailkan oleh Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd sementara Asia Chart Sdn Bhd mengemukakan dua saman berasingan yang bernilai hampir RM200 juta. Kedua-dua syarikat tersebut dipercayai telah memfailkan saman mereka berhubung dakwaan mengingkari perjanjian pembalakan di Mahkamah Tinggi Kuantan kira-kira dua minggu lalu.
Seruan Gemilang Makmur juga April lalu telah berjaya mendapatkan perintah "mandamus" (untuk memaksa) daripada mahkamah bagi Menteri Besar Pahang melunaskan bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kepadanya kerana melanggar syarat perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Mukim Bebar, Pekan. Selang tiga bulan kemudian, kerajaan negeri tersebut disaman sekali lagi oleh dua buah syarikat, bernilai lebih RM200 juta. Spag'n Plantation Sdn Bhd dan Upayapadu (M) Sdn Bhd masing-masing memfailkan saman berjumlah RM209 juta dan RM24 juta yang juga melibatkan kes pembalakan. Kedua-dua syarikat berkenaan juga menyaman Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang kerana mengingkari janji.
Pahang Bankrap Sejak Zaman Khalil Yaakob
Fenomena dakwaan salahlaku dan penyelewengan yang dihadapi oleh kerajaan negeri Pahang bukanlah perkara baru. Pada 2001 Dato' Fauzi Abdul Rahman yang pada masa itu menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Beserah telah membuat laporan polis terhadap Khalil selaku Menteri Besar ketika itu kerana salah urus hasil negeri berhubung konsesi pembalakan yang melibatkan ratusan juta ringgit.
Sehingga kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ketika itu Badan Pencegah Rasuah) tidak mengambil sebarang tindakan. Khalil kemudian diangkat menjadi Yang diPertua Negeri Melaka. Saman lain terhadap kerajaan negeri termasuk oleh penduduk Bukit Koman, Raub berhubung projek perlombongan emas dan peneroka Felda Lembah Klau. Fauzi yang kini menerajui Majlis Pimpinan KEADILAN Pahang ketika dihubungi berkata rakyat Pahang perlu sedar bahawa mereka dan generasi masa depanlah yang bakal menanggung segala kebobrokan yang dibawa oleh Umno dan BN.
"Apabila kerajaan negeri sudah tidak ada wang untuk menanggung operasi pentadbiran negeri rakyat akan menjadi mangsa. Contohnya cukai tanah akan dinaikkan dan termasuk juga cukai pintu dan tarif air. Semuanya akan naik dan rakyat terpaksa menanggung kesannya. "Kalau kerajaan negeri tidak ada duit untuk membayar sub-kontraktor ia akan membayar menggunakan tanah dan aset negeri yang lain. Akhirnya rakyat juga yang rugi," kata mantan Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan itu. Beliau yakin jika diberi peluang mentadbir Pahang, Pakatan Rakyat mampu memastikan kedudukan kewangan negeri kukuh dan rakyat tidak akan sengsara berbanding sekarang."
Buat teman-teman yang berasal dari Pahang
Bagaimana lagi ini? Bila rakyat Pahang mahu sedar? Penyokong2 UMNO, masih lagi setia dengan UBN? Wahai generasi muda, pengundi si saluran 2, 3 dan seterusnya, daftarlah segera sebagai pengundi. Ayuh kita PAStikan Pakatan Rakyat menawan Negeri Pahang untuk Pilihanraya akan datang. Aku tidak sabar2 menantikan kemenangan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man yang mewakili DUN Jengka dalam Pilihanraya. Umno BN jelas gagal dalam pentadbiran di Pahang, malah menyusahkan kita pula. Benar kata-kata Nabi : Jika amanah itu diberikan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kebinasaan dan kehancuran.
Hidup! Hidup! Hidup Islam!
hancur! hancur! hancur sekular!
Allahuakhbar!!
Nikmatnya Apabila Wanita Bertudung
Cantik wanita apabila mengenakan tudung. tambahan pula jika beliau isteri kepada pemimpin negara. maksudku, bukan sekadar pemimpin politik, tetapi isteri pemimpin raja2 atau sultan2 di Malaysia. Jika difikirkan, Malaysia mempunyai 2 Permaisuri, Tuanku Hajjah Siti Aishah yang pernah menjadi Permaisuri Agong, juga Tuanku Nur Zahirah, isteri kepada DYMM Sultan Mizan, Yang Dipertuan Agong sekarang ini.
Sepatutnya mereka ini menjadi contoh kepada Wanita Malaysia yang belum menemui ‘nikmat’ untuk bertudung…..Apa jawapan Datuk Siti Nurhaliza dalam pemakain bertudung? 1 Malaysia dicanang, selepas menunaikan haji, akan mengenakan tudung seelok2 menutup aurat yang disyariatkan. namun, semakin lama semakin hilang kerudung di kepala. hanya yang tinggal tudung seperti Shahrizat Jalil.
itu perihal datuk siti. kak shahrizat jalil sendiri? rafidah aziz? ROSMAH MANSOR? dan juga wanita2 yang lain yg masih tidak bertudung? bukankah manis bila bertudung? jadikanlah 2 orang permaisuri kita ini sebagai contoh. Allahuakhbar!!
Setia pada yang satu
menulis ramadan dalam bahasa melayu tidak sama seperti sebutan arab dan cara menyebutnya. cukup dengan ramadan. tidak perlu ditulis ramadhan. ilmu ini aku kutip dari kata-kata ahli bahasa.
apa khabar semua? cukup kapasiti cahaya dlm mata utk membaca tulisan aku ini? cukup besar ker? ya, sekelian kalinya aku menukar template. jika template ditukar, segala widget2 akan di isi semula. blog list perlu dimasukkan semula. biasalah, sendiri yg bikin, sendiri yg rasa.
wordpress aku gunakan dlm tempoh seminggu dlm kiraan tahun masehi. segala tutorial baik dlm english mahupun indonesia aku baca. hasilnya mengecewakan. susah. nak edit kasi cantik sukar. tidak mahir begitulah. sama juga pada ketika belajar berblog di blogger.
lantas aku berfikir, apa guna rumah yg baru tanpa dihiasi perhiasan? benar juga telahan aku itu. kemudian terus berfikir, tidak salah sekiranya rumah yang lama aku cat semula, tukar perabot, masukkan tv lcd 40 inci, dan lain2 agar semakin cantik dan kemas. ya, itu kata hati yg tdk boleh aku ketepikan.
maka, tepat jam 9 malam bertarikh 2 september 2009 aku sign in di www.blogger.com, kemudian memasukkan email aku sendiri dan password. alhamdulillah, masih ingat lagi password. langkah seterusnya mestilah tukar template. 5 jenis template aku cuba. kebanyakkan dari themescook dan btemplates. namun selepas difikir dan dipertimbangkan, yg ini aku gunakan. mungkin akan bertahan lama. wallahuallam
oleh yang demikan, jelas rumah ini akan kembali aktif seperti biasa. teman2 seperjuangan dan para pembaca sekalian usah khuatir. tanggungjawab sebagai penulis bisa aku teruskan, teman2 pula jalankan tanggungjawab sbg pembaca yang setia. dulu, kini dan mungkin selamanya. Allahuakhbar!!