Powered By Blogger

17 August 2009

Fairy Tales Story About Akhil Hayy

Maka, berkahwinlah si duda dan si dara. laksana kisah purba kala. penceritaan tentang cinta sang putera dan rakyat marhaen. juga cinta sang puteri akan jejaka marhaen. penghujung kisah cinta yg menarik. amat sesuai dijadikan sebuah hikayat cinta. cocok untuk dibacakan kisah ini kpd anak2 kecil sebelum tidur. bisa menggantikan hikayat beauty and the beast, 1001 malam, hikayat putera shazlan (termasuk juga ker? haha) dan lain2. semakin mudahlah anak kecil tidur kerana hikayat ini di dalam bahasa malaysia. :)

bab yang pertama seperti biasa : a long long time ago, bla bla bla bla bla.................... Akhirnya, mereka berkahwin. Bahagialah mereka sehingga ke anak cucu.. Ha-Ha-Ha..

Sory bro akhil, aku saja je gurau2 dgn bro. Menarik tau kisah bro ni. Mengalahkan kisah laila majnun serta romeo dan juliet. sentiasa klimaks. kini capai kemuncak klimaks. mendebarkan. penuh dgn aksi-aksi di luar jangkauan dan jangkaan.

Bro, aku nak respon laporan dari akhbar Harian Metro versi online berkaitan statement yg bro keluarkan :

“Ana harap semua kemelut dan gosip dinoktahkan dengan ijab kabul. Ini (pernikahan) juga doa daripada kalian semua (wartawan),” kata penyanyi, pengacara dan penceramah bebas, Akhil Abdul Hai atau lebih dikenali sebagai Akhil Hayy selepas selamat diijab kabulkan dengan penyanyi Waheeda, semalam.

Komentar : Alhamdulillah..Bagus la jika begitu. Ingat pesan bro akhil, harap ini penamat gosip kisah cinta dia dgn waheeda wassini ke mana saja..dia ghoyak (beritahu) pada wartawan, tapi dgn blogger tak. ha-ha-ha.. nasib lu la bro..

Akhil mengulas lagi : “Sebelum ini ana ada menyatakan senang dengan sikap dia (Waheeda) dan tuan punya dunia membuka pintu hati ana untuk kembali berumah tangga selepas berstatus duda. Ana tidak boleh kata tiada perasaan cinta (kepada Waheeda) kerana Allah mencampakkan ke hati setiap manusia rasa kasih sayang dan ini satu amanah berat kepada ana, bukan saja untuk membimbing Waheeda malah keluarga,” katanya ketika ditemui selepas majlis akad nikah mereka di Majlis Jamek Ar-Rahimah di sini, semalam.

Komentar : Ha-ha-ha..skali putar alam daaa... beb, cinta baru bersemi ker? ha-ha-ha.. dapat madu sepah dibuang. kesian dgn maizawati. apalagi maiza, cepat-cepat la bernikah. Ops, iddah tak habis lagi. sabar. Akhil kahwin dgn dara, Kak Maiza kahwin pulak dgn anak teruna. baru sesyuai..secocok gitu..

hihi..lagi panjang aku tulis, macam makin byk je ngumpat org. mintak maaf bro akhil, kak waheeda ngn kak maiza. lepas ni aku x ulas ttg kamu semua. itupun jika tiada isu besar kemudiannya.. :)

Aku mendoakan agar bro akhil + waheeda bahagia la. ok la tu, akhil 40, waheeda 30. muda lagi. panjang pelayaran bahtera perkahwinan itu (hihi..mcm aku dh kahwin jaa...).. Untuk Akak Maiza + anak-anak teruskan dgn kehidupan baru. Cepat-cepat cari pengganti Bro Akhil. yang lebih tampan, yg lebih muda, yg lebih warak, yg lebih sedap suaranya, dan yg lebih2 lagi. Insyaallah akan berjumpa. Ameen...


12 komentar:

Anonymous said...

apa yang manisnya setelah rampas suami orang??hancurkan kebahagiaan org lain?hancurkan rumahtangga org??

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

biasala..dunia artis..:)
doa saja yg terbaik..

Anonymous said...

biasanya lelaki nak poligami. tapi jarang2 isteri pertama nak poligami. bila isteri pertama bagi kata dua; cerai @ jgn kawin lg. biasanya juga akan bercerai sb sang lelaki tgh mabuk cinta. org tgh mabuk mmg tak rasional dlm keputusan. kepada sang isteri, berilah peluang utk suami berpoligami. kan dibolehkan?

Anonymous said...

Akhil mengulas lagi : “Sebelum ini ana ada menyatakan senang dengan sikap dia (Waheeda) dan tuan punya dunia membuka pintu hati ana untuk kembali berumah tangga selepas berstatus duda. Ana tidak boleh kata tiada perasaan cinta (kepada Waheeda) kerana Allah mencampakkan ke hati setiap manusia rasa kasih sayang dan ini satu amanah berat kepada ana, bukan saja untuk membimbing Waheeda malah keluarga,” katanya ketika ditemui selepas majlis akad nikah mereka di Majlis Jamek Ar-Rahimah di sini, semalam.

huh...cakap je la dh mmg suke dr sblm2 ni...meyampah

author faethal said...

Dah kawin bagus la,
Bukan macam artis lain..lebih rela bersekedudukan,kena tangkap khalwat,nikah kat luar negara.
Patutnya semua artis WAJIB tiru cara Ust Akhil ni.Kalau dah suka KAHWIN.
Sapa cakap KAHWIN ni salah?!
Hukum mana cakap salah?
Ust Akhil minta izin Maizawati nak kahwin salah ke?
Hukum mana cakap salah?
Ntah apa2 ntah..anonymous.

DeQShA said...

hihihiii..terpanggil gak nk komen2 ni..akhil hayy...nk tnylah..btl ke dia ni pendakwah????really2 pendakwah???..

tu je nk komen!!

tepuk dada tanya iman..=)

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

dulu artis, kmdian pendakwah. kini artis + pendakwah. dulu tarbiyah, sekarang terbirah. :)

astaghfirullah..

DeQShA said...

tu yg sy nak dgr!!!jenis camne dakwah dia tu??klu diri sendiri pun..masih perlu dibetulkan kesilapannya..camne dia nk jd role model pd umat islam yang lain..org xkan respect dia sbg pendakwah tau...

may God Bless Us

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

betul tu deqsha..elok2 ceramah sana sini dulu..sekarang baru dikenakan ujian terus out..bercerai dgn isteri..pandangan serong oleh masyarakat..jemaah juga dah berhati2 dgn dia..pendek kata, mudarat lagi byk dr manfaat bila kembali dlm bdg nyanyian dan populariti..

mmm...entahla..moga kita semua dpt ambil ibrah dr kisah bro akhil ni..

Pelayar said...

Jangan kritik org lain sblm kritik dr sendiri. Kdg2 ckp aib org mcm dr sdri xpenah buat dosa. Bila kita sebrkn aib org, 1 ms ALLAH akn uji kita dgn pkara yg sm, ms tu bru blh nilai diri sdiri cmne.

mawarmerah said...

betul tu pelayar...xbaek menghukum org org krn kita xtaw aper2..hanya Allah yg layak menghukum...doakn jerk kebahagiaan diowng...di bulan yg baek ni...

sabdaziz said...

setiap manusia lain ujiannya.

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan