PARA pemimpin UMNO dan badut-badutnya seperti akhbar Utusan, Harian dan kaki bodek TV1 TV2, TV3, Astro Awani dan rangkaiannya serta Berita BERNAMA terus memutar-belitkan kenyataan Tok Guru Nik Aziz kononnya Tok Guru kata ahli-ahli UMNO tidak akan masuk syurga, seolah-olah pelajar politeknik dan bukannya ahli politik.
Para pemimpin UMNO dan kroninya Datuk Datuk Majlis Agama Kerajaan dan Tok Tok Kadhi UMNO terus marah kerana tidak dapat masuk syurga. Para pemimpin UMNO dan ahli-ahli agama UMNO sudah cukup senang di dunia, nak pulak booking di syurga lagi agar mereka juga mahu ditempatkan dalam syurga sebagai VIP.
Guna logik akallah, semua ahli-ahli parti politik, bila dah mati, mana ada lagi jadi ahli mana- mana badan parti politik. Allah swt tidak pernah menjanjikan kepada ahli-ahli UMNO, mereka mesti masuk syurga, Yang masuk syurga itu manusia. Itupun terpulang kepada amal ibadatnya dalam dunia dan akhirat yang akan dinilai oleh Allah swt. Misalnya tukang fitnah orang, rasuah, cakap bohong, tipu sana sini, tuduh sana sini orang pengkhianat. Itu semua kerja kerja dosa. Ini semua akan Allah swt. nilaikan pada hari penentuan.
Konklusinya memang betullah ahli ahli UMNO tidak akan masuk syurga. Yang masuk syurga adalah manusia yang beramal ibadat kepada Allah swt. Jadi, salahnya apa, kalau betul Tok Guru cakap begitu? Tok Guru memangnya tidak cakap begitulah, tapi diputar belitkan oleh Raja- Raja Ular dalam UMNO termasuklah para pemimpinnya.
Taktik para pemimpin UMNO, mereka gunakan TV1, TV2, TV3 dan Astro Awani lalu ke rumah ahli-ahli UMNO membuat liputan dan rakaman untuk siaran TV, kata pelakon-pelakonnya "Wahh ini barulah calon UMNO paling baik di Permatang Pasir". Ini semua lakonan orang-orang UMNO sahaja.
Badut-badut UMNO itu akan cari pula seorang Melayu, seorang Cina dan seorang India lalu dirakam untuk siaran TV Berita jam 8.00 malam. "Kami mesti pilih calon UMNO/BN" drama ini adalah drama wajib, tiap malam mesti ada punya semasa Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir belum berakhir.
Seperti pengundi semua tahu, peranan arus perdana UMNO, peranan TV dan arus perdana dalam politik selalu suka mengelirukan fikiran rakyat, putar-memutar adalah kerja dan mainan TV3 dan Astro Awani, apa yang dikeluarkan jadi bahan berita mereka lebih banyak putar belit dari sebenarnya. Langsung jangan dipercayai, itu cuma propaganda UMNO sahaja.
Biasanya semasa ada Pilihan Raya Kecil, Ketua Ketua Bahagian UMNO dan AJKnya, Ketua- Ketua Cawangan UMNO dan AJKnya sahaja yang mendapat habuan yang paling besar dan lumayan sekali. Pengundi pengundi cuma dapat dari ketua-ketua tersebut ala kadar sahaja. Kalau mereka beri ambil sahaja lah seberapa banyak pun, tapi undi tetap pada calon PAS, kerana tidak ada sesiapa pun yang nampak di kala anda nak pangkah siapa-siapa dalam kertas undi.
Polisi UMNO akan berubah jika UMNO kalah dalam mana mana Pilihan Raya Kecil. Tapi kalau UMNO menang sahaja dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir nanti, para pemimpin UMNO menganggap pula rakyat sudah kembali menyokong polisi mereka.
Selesai Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir. Tiga bulan nanti harga beras pun naik, harga gula, tambang bas sekolah semua naik, yuran sekolah dikenakan pula pada ibubapa, harga petrol naik, gas, air dan eletrik semua naik. Bukankah bagus macam sekarang ini Kerajaan UMNO/BN takut dengan rakyat. Mereka takut kalah PRU13 mereka pun bekerja betul-betul untuk rakyat dengan tidak menaikan keperluan harian rakyat, kerana UMNO masih lagi ditolak oleh rakyat.
Begitu lah mainan politik, UMNO/BN nak main politik dengan rakyat, rakyat mesti bijak main politik kembali dengan para pemimpin UMNO. Mereka kasi rakyat ambil. Undi tetap dengan calon PAS. Baru nanti mereka sedar bahawa orang-orang kampung lebih pintar main politik dari
pemimpin UMNO/BN.
By : Datuk Halik Zaman
3 komentar:
sudah - sudah lupakan seketika soal umno... hehe
nak ucapkan selamat berpuasa buat abg fairoooz. moga perutmu mampu tahan lapar dan dahaga, kui kui kui
Betul la konklusi yg syeh buat tu.
Then, rs ptut Tok Guru ckp gk org2 PAS xkn msuk syurga.
cakap salah, xcakap salah. asal nik aziz cakap je mesti nak belit
Post a Comment