Apa kata rakan rapat beliau :
"Allahyarham al Fadhil Ustaz Asri Ibrahim adalah sahabat lama saya semasa kami sama - sama merantau ke bumi Syam Beliau seorang yang sangat istemewa dan memiliki suara emas.Allahyarham pernah digelar jelmaan Bilal ibnu Rabah apabila beliau sering ditugaskan untuk mengumandangkan azan di markaz al Arqam Jordan dan juga dalam majlis - majlis rehlah kami apabila tiba waktu solat," Ustaz Nasrudin Tantawi seperti catatan di blognya.
"Kira-kira pukul 10.30 Asri masuk ke dalam studio. Sebelum kejadian Asri sedang memegang mikrofon, bagaimanapun beberapa saat sebelum program bermula dia rebah ke lantai. Tahun ini merupakan tahun kelima Asri terlibat dalam program kita. Beliau dipilih sebagai penyeri majlis dan sebagai penyanyi untuk menyanyikan lagu tema program Syahaddah. Saya akan ingat tarikh hari ini sampai bila-bila," - Ibrahim Zaidi (Penerbit & Penyelaras Program Syahadah)
"Susah bagi sesuatu muzik atau lagu itu untuk masuk ke telinga saya. Tetapi bila beliau menyanyi, saya sememangnya nak dengar alunan suaranya... ternyata nyanyian Ustaz Asri boleh mengasyikkan telinga saya dan sedap didengar. Allahyarham bukan sahaja bagus di bidang nyanyian tetapi juga mampu membaca ayat-ayat suci Al-Quran dengan baik. Beliau adalah seorang yang boleh kita jadikan contoh yang terbaik... dari segi perangai dan kelakuan, beliau sememangnya amat menyenangkan hati sesiapa sahaja," - Ramli MS
Pergi Tak Kembali (Tribute To Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim)
Setiap insan pasti merasa # Saat perpisahan terakhir # Dunia yang fana akan ditinggalkan # Hanya amalan yang dibawa # Terdengar sayup surah dibaca # Sayunya alunan suara # Cemas di dada...lemah tak bermaya # Terbuka hijab di depan mata # Selamat tinggal pada semua # Berpisah kita selamanya # Kita tak sama nasib di sana # Baikkah atau sebaliknya # Amalan dan takwa jadi bekalan # Sejahtera bahagia pulang...ke sana # Sekujur badan berselimut putih # Rebah bersemadi sendiri # Mengharap kasih anak dan isteri # Apa mungkin pahala dikirim # Terbaring sempit seluas pusara # Soal-bicara terus bermula # Sesal dan insaf tak berguna lagi # Hancurlah jasad dimamah bumi # Berpisah sudah segalanya # Yang tinggal hanyalah kenangan # Diiring doa dan air mata # Yang pergi takkan kembali lagi
Alangkah bahagianya andai menghadap Allah dalam keadaan meninggalkan alunan zikir2 memuji kebesaran Allah. Ia pasti menjadi amalan yang berterusan. Al-fatihah.
0 komentar:
Post a Comment