07 February 2010

Kembalilah semula wahai Prof Aziz Bari..

"Tidak mengapa..Selepas ini saya tidak akan mengeluarkan lagi kritikan atau apa-apa penulisan mengenai PAS. Insyaallah ruang saya di Sinar Harian minggu depan akan saya muatkan berkaitan isu dalaman MCA," bidas Prof Aziz Bari ketika menjawab soalan perwakilan PAS dalam Seminar Politik di Taman Melewar yang lepas. Seolah-olah ada nada kecewa dari jawapan tersebut.

Dan benar selepas kata-kata itu dikeluarkan, langsung tidak kedengaran atau terbaca komen-komen beliau berkaitan PAS. Adakah beliau sudah merajuk? Atau beliau kecewa dengan 'demokrasi' PAS? Atau beliau begitu sibuk menjalankan tanggungjawab sebagai Pensyarah di salah sebuah IPT tempatan? Wallahuallam..

Aku tidak menafikan artikel beliau sebelum dijemput menjadi Panelis Seminar Politik PAS agak panas. Melabelkan TG Presiden PAS : "Pak Lah versi PAS".. Dan sebelum itu menyatakan sekian-sekian individu (pimpinan) dalam PAS sebagai Pro UMNO. Oleh sebab artikel beliau itulah, TG Nik Aziz mencadangkan diadakan EGM dan akhirnya diganti dengan Seminar Politik.

Aku tidak salahkan beliau kerana apa yang lahir dari penulisan beliau adalah persepsi. Persepsi itu pula adalah suatu Informasi di abad ke 21, seperti yang dikhabarkan oleh Prof Abu Hassan Hasbullah. Jika ia persepsi, mengapa ada yang melenting sebelum ini? Kenapa menginjak-injak kredebiliti beliau dengan melabelkan beliau Pro-UMNO dan tidak layak untuk menegur PAS?

Nah, sekarang siapa yang rugi? Sewajarnya segala kritikan atau pendapat beliau diterima dengan hati yang terbuka oleh pimpinan. Betulkan yang mana salah. Jika meleset perkiraan beliau, raikan sahaja kerana beliau berbicara atas kapasiti beliau sebagai ahli akademik. Aku percaya, beliau begitu berkehendak PAS dan Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Oleh sebab itulah, beliau mengkritik PAS yang menjadi tunjang Pakatan Rakyat.

Jika keadaan ini berterusan, aku percaya suatu hari nanti, semua ahli akademik akan segan-silu untuk mengkritik PAS kerana khuatir akan dikritik kembali.

Pesanan untuk pimpinan : Eratkanlah kembali ukhuwah dengan beliau. Jika beliau terus menjauhkan diri dari PAS, ianya akan menyebabkan kerugian kepada jemaah. Beliau Mad'u kita.. Sama seperti pengundi yang lain. Semoga berjaya pimpinanku...

www.akhi-fairuz.blogspot.com

1 komentar:

محمد حذوان بن حميدان said...

perkongsian yg berguna..semoga diberikan kekuatn utk trs mnulis..amin

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan