salam..posting ini saya rasa cukup menarik untuk dikongsi bersama..berkaitan isu yang berlaku di perak..asalnya artikel ini telah disiapkan oleh sahabat saya, akhi firdaus. oleh kerana beliau tidak mempunyai blog, maka suka saya panjangkan artikel beliau di dalam blog saya ini..moga sama2 kita mendapat manfaat.
Assalamualaikum dan Alhamdulillah e-mail ini,
Semalam Kuliah Kitab Penenang Jiwa, Imam Al-Ghazali telah disampaikan oleh Ustaz Nizammuddin di Masjid Taman Air Biru, Pasir Gudang.
Beliau telah membawakan isu mengenai Perempuan Berkalung Serban, sebuah filem yang dikecam hebat oleh ulama di sana. Imam utama di Masjid Istiqlal Indonesia mengecam filem ini kerana telah membawa persepsi negative terhadap pesantren-pesantren di Indonesia. Dalam filem ini, penyanyi utama yang menyanyikan lagu tema untuk filem ini adalah Datuk S, dari Malaysia. Bagaimana mungkin filem yang telah diresap oleh pemikiran Islam Liberal ini dibiarkan begitu sahaja menghina Islam! Antara perkara yang menjadi penceritaan filem ini ialah pesantren mendiskriminasi wanita. Dakyah ini perlu ditentang.
Ustaz telah mengingatkan Dunia ini adalah amanah, lalu tunaikanlah amanah ini kepada Dia yang memberi. Amanah Dunia ini terlalu `dalam' lautannya, ramai yang telah lemas di dalamnya. Maka kita perlu bersiap membina dan menggunakan kapal taqwa. Kita sebagai nakhodanya akan membawa kapal kita untuk berlabuh dengan selamat membawa bersama anak isteri kita ke destinasi terakhir, iaitulah akhirat. Dunia ini juga perhiasan yang memukau.
Penuh dengan kecantikan yang memikat hati, segalanya indah dipandang mata, namun demikian ia semua adalah ujian dari Allah yang ingin menguji kita. Siapakah yang terlebih baik amalannya. Dunia juga umpama bangkai. Sifat bangkai adalah busuk baunya, jijik untuk dilihat, maka siapa yang mengambil bangkai adalah mereka yang telah mati hatinya.
Dunia juga umpama penjara kepada orang mukmin dan syurga bagi orang kafir. Hal yang demikian, sekiranyanya kamu tahu apa yang aku tahu kata Rasullullah SAW, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis, hadis ini diriwayatkan oleh Abu Darda'. Oleh itu mari kita bermuhasabah, apakah dunia ini yang terlebih kita puja berbanding kehidupan akhirat yang kekal?
Sahabat-sahabiah, marilah kita ke masjid, menjenguk Raudhah, beriktikaf di Taman Syurga agar mati kita nanti, Allah akan menjadikan kubur kita sebagai kebun-kebun syurga. Buktikan kita Ahlullah dan AhlulDeen.InsyaAllah.
Setelah kuliah semalam, ada Usrah Umum bersama As-Syeikhuna Ustaz Idris Ahmad jam 9:30 malam di Pasti Taman Pasir Putih, Masai (dekat Pasir Gudang). Sebagai antara pemimpin permata dalam jamaah, Ustaz Idris Ahmad yang juga bekas pensyarah Universiti dan pengarang buku Usrah yang kita hadam, beliau telah menyentuh isu mengenai negeri Perak Darul Ridzuan "Perak Darul Rampas". Sebagai jamaah Islam, parti Allah (Hizbullah), kita melihat isu ini sebagai tarbiyah Allah.
Isu tanahIsu tanah diberikan kepada penduduk Cina-MB Haji Nizar memberikan 42000 lot tanah kepada kg. baru yang majoritinya penduduk Cina yang telah menetap disana selama 70-80 tahun dan menjadi penduduk asli di sana sejak zaman-berzaman maka atas konsep Al-Adlu Wal Ehsan maka kita memberikan tanah tersebut kerana mereka berhak.Harus diingat, kita juga telah memberikan sebanyak 102000 lot tanah kepada kepada kg. tersusun yang majoritinya Melayu. Maka tidak timbul soal MB Haji Nizar sebagai boneka DAP. Paling malang, UMNO sebelum ini memberikan kepada tauke KLK sebanyak 22000 ekar tanah. Hanya kepada seorang tauke! 200 ekar tanah yang dimiliki oleh rizab orang Melayu oleh Perak Cement kepada Yong Teck Lee (YTL) 6000 lebih ekar tanah kepada pemimpin Umno & MCA .
Isu derhaka
MB Haji Nizar telah mengucapkan "Patik mohon sembah derhaka". Ini adalah bahasa Istana. ‘Patik sembah mohon derhaka’ itu maksudnya patik tidak bersetuju dengan pendapat Tuanku. Jika ayat istana ini tiada siapa pula yang pertikaikan : “Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun”.. Adakah mereka yang meminta ampun ini berbuat kesalahan kepada raja ? Derhaka dia? Tidak..Inilah Bahasa Istana. Jelas, media Umno dan BN benar-benar menjadikan isu Sembah Derhaka ini segagai senjata memburukkan MB Nizar.
Isu SPRM
Untuk mereka yang melompat pula, sebelum ini mereka telah menandatangani surat akujanji, sekiranya mereka keluar parti maka kerusi DUN akan dikosongkan. Maka Speaker dewan telah menghantar notis pada SPR pada 2hb/2/09 memaklumkan pengosongan kerusi. Namun, SPR sebagai `komponen ke-15 `dalam Parti Barisan Nasional, bertindak sebagai pihak polis mengatakan surat itu meragukan. Menurut Ustaz Idris Ahmad, itu bukan tugas SPR. Namun, SPR telah dan tetap dipergunakan.
Isu Undang-undang Tubuh Negeri Perak
Kemudian muncul mereka yang telah menghilangkan diri dan mengatakan mereka masih ada. Mereka muncul setelah pengumuman dibuat. Persoalannya kenapa salah seorang dari mereka baru pulang dari Pahang…berjumpa siapa?Najib? Kemudian pada 4hb, MB Nizar telah menghadap Sultan Perak untuk membubarkan Dun. Undang-Undang Tubuh Negeri Perak,Sultan berhak melantik MB namun tidak boleh memecatnya. Hanya ada 3 cara untuk memecat MB. Pertama : MB meletakkan jawatan, Ke2 : Undi tidak percaya dalam sidang DUN, Ke3 : Pembubaran DUN setelah diperkenankan oleh Sultan. Kesemua ini tidak dilakukan, maka MB Haji Nizar masih lagi MB yang sah. Sultan hanya boleh memecat Exco-exco sahaja tidak MB.
Kerajaan Kudeta Barisan nasional
Tindakan mereka yang melantik MB dan Exco2 baru adalah haram kerana hal yang diatas. Mereka terlupa bahawa kuasa Speaker di Negara Komanvel adalah kebal. Speaker berhak memanggil sidang DUN bukan exco. Speaker telah menggantung Dr.Zambry selama 18 bulan dan exco-exco yang telah dilantik selama 12 bulan. Ini semua dalam kekuasaan Speaker. Undang-undang menyokong yang demikian. Berkenaan 3 penasihat yang dilantik oleh barisan kabinet haram ini, elaun pakaian mereka sahaja RM 3000, elaun duit poket untuk cuti-cuti RM20 000. Banyak lagi elaun-elaun yang diberikan sehingga RM720 000 setahun. Oleh itu, Dato Ngeh Ko Ham telah membuat laporan polis, kerana ini semua duit rakyat!
Prisip Parti Islam Semalaysia (PAS)
Sewaktu krisis,kita telah menghubungi adun-adun yang melompat ini, namun tidak dapat dihubungi. Telefon mereka ditutup. MB Haji Nizar juga telah menghubungi Penasihat Diraja Perak, namun tidak dapat juga. Tetapi akhirnya,pada 4hb, mereka muncul bersama Najib di Putrajaya dan 5 hb di Istana. Kenapa dengan Najib? UMNO di Perak tidak puas hati sejak awal-awal lagi kepada Pakatan Rakyat, Mereka mempunyai 27 kerusi yang dimenangi Umno 1 kerusi MCA. Tapi Pas dapat 6 dan jadi Menteri Besar. Mereka cuba memainkan sentiment Melayu, Nak kuat Melayu kita kena bergabung dan ditawarkan jawatan-jawatan tertentu. Namun Pas berjuang atas dasar ISLAM bukan Asabiyyah. Kita tidak mengkhianati kawan-kawan kita di Pakatan Rakyat. Kita bersama mereka.
Isu Pembohongan Media
Media memainkan peranan untuk mengatakan MB Haji Nizar derhaka, walhal sebenarnya tidak. Kita menjunjung Raja Berpelembagaan. Ingat peristiwa Idris Jusoh yang nak boikot pilihan Sultan Mizan berkenaan MB Ahmad Said dan penyokong Umno menggelarkan Sultan Mizan Natang (Binatang)? Siapa yang derhaka? Ingat peristiwa Anuar Musa nak menabalkan Raja Kelantan di bawah pohon beringin di Ketereh? Siapa yang derhaka? Peristiwa Mad Taib di Selangor yang membawa lari Ku Yah, kerabat DIRAJA, akhirnya anak itu dilahirkan? Anak siapa tu? Siapa yang derhaka? Shahidan Kassim yang tidak datang ke Majlis Perlantikan Mb Dr Isa di Perlis, kerana boikot pilihan Sultan.. Siapa yang derhaka? Pimpinan UMNO yang menendang pintu Istana sebab tak puas hati dengan Sultan kata Prof. Dato Dr Harun Din merangkap Timb Mursyidul Am PAS juga antara 50 orang ulama' yang disenaraikan dalam dunia sebagai alim dalam mazhab-mazhab. Nah siapa yang derhaka? Sampai sini pasal derhaka, Banyak sangat…Oleh itu sekarang ini,media tidak menceritakan lagi isu derhaka ni sangat kerana akan terpalit ke muka mereka semula dan kita counter (lawan) mereka balik dengan fakta bergambar lagi. Sebab itu suratkhabar Harakah dan Suara Keadilan dirampas. Mereka takut rakyat tahu kisah yang sebenar. Isu Elizabeth Wong & MB Khalid Ibrahim
Sekarang media cuba memesongkan isu dengan mengalihkan perhatian kepada Isu YB Elizabeth. Kita amat pasti bahawa mereka akan cuba memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat dengan isu peribadi ini. Masalah moral? Nak disebutkan lagi ke masalah moral yang ada kat mereka? Erm,cukuplah tentang masalah moral dan akhlak kebanyakan pimpinan mereka yang tidak mengikut suruhan Allah . Isu MB Khalid juga semakin hangat dibangkitkan di media. Menggunakan wang kerajaan negeri membaiki kereta dan pengagihan lembu korban. Apa ni? Dah tiada isu lain lagi ke? Adakah sekarang giliran Selangor pula yang ingin dijatuhkan. SPRM memang cepat bertindak jika Pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa walaupun tiada bukti yang kukuh. Kenapa didiamkan sahaja kes VK Lingam? Pembelian Eurocopter? Pembelian Jet Sukhoi? Pembelian kapal Selam? Isu AP? Macam-macam lagi yang ada. Semuanya membabitkan berbilion wang. duit rakyat la tu. Hairan ia didiamkan sehingga kini. inilah double standard SPRM yang menjadi kuda tunggangan Umno dan barisan Nasional. SPR dah jatuh tahap kepada SRP!!!
Nasib mereka yang melompat
Mereka yang melompat kepada kerajaan Barisan Nasional sekarang kehidupan mereka kini tiada life. Walaupun duit ada namun mereka tidak terlepas dari doa orang yang teraniaya. Bukankan kita yakin doa orang yang dizalimi makbul? Keluarga mereka diboikot dan yang terbaru masuk hospital baru-baru ni. Mengenai sejarah pelompat terpantas iaitu Dato' Nasaruddin,di mana ini sejarah terpantas dalam lompatan hanya selama 11 HARI SAHAJA…boleh dicatatkan dalam Guinness World Book of Record.
Isu Karpal Singh
Berkenaan Karpal Singh yang nak saman Sultan, ada undang-undang tahun 1993 diluluskan oleh Tun Mahathir, Sultan boleh disaman. Tapi kita tak saman Sultan sebab biarlah anak jantan lawan sama yang ada kuasa. Mereka ceramah kita ceramah, jadi kita saman "MB" Zambry. Sekarang mereka yang baru ada jawatan ni pun pening kepala, nak masuk sidang DUN pun tak boleh, kena gantung. Masa sambutan tahun baru Cina di Perak baru-baru ini, Najib sepatutnya menghadirinya, tapi dia tak datang pun…Kenapa? Sebab takut dengan orang Cina. Ramai kaum Cina sokong DAP kan. Tentang sambutan Thaipusam, `MB' Zambry ni datang bawa RM100,000,orang tak berapa layan dia, tapi ketika MB Haji Nizar datang, Kabadi pun berhenti sambut dia. Ramai orang hormat kepada MB Haji Ir Nizar ni. Sampai sekarang mereka masih kerajaan Pakatan RAKYAT Perak yang sah.
“SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KEMENANGAN KEPADA ISLAM DI MALAYSIA DAN SELURUH DUNIA”
ALLAHUAKHBAR! ALLAHUAKHBAR! ALLAHUAKHBAR!