Salam to all. Benarlah krisis itu suatu bisnes. Suatu ilmu baru di abad 21. Jika hasilkan isu/ krisis di dalam blog, maka ia akan disebut-sebut dan diperdebatkan. Ini terbukti dengan artikel aku yang sebelum ini : Orang Mude Geng Kite! Di mana Muslimat PAS dan Nisa'? , apabila artikel ini di publishkan di facebook aku, maka aku mendapat komen-komen dari rakan muslimat khususnya pihak Nisa' sendiri. Ini antara komen yang aku terima :
~ fairuz patut tag aktiviti sosial nisa' jugak tu.Nisa' dah di rebranding on 2006, dan keahlian kita sekarang sudah melebihi 7ribu ++ setiap negeri.Pelancaran org muda geng kita yg akk nampak adalah 1 rebranding dr dewan pemuda.Tahniah lah.tp jgn lah kutuk2 nisa' ni~
Dan juga komen ini :
~boleh ditegur lah..klu xleh dah lama akk baling telur kat wall .xde lah.cumanya kat blog fairuz tu letak lah jugak aktivti nisa'.kot2 lah ade yg xkenal nisa' ni.xmustahil tuh.~ sambungan : link kuantan tgk upgrade.tp leh ambik kat Group Nisa' Kuantan kat FB ni..~
Oleh kerana persepsi aku berkaitan Nisa' ini telah diperbetulkan oleh Orang Kuat Nisa' Pahang melalui komennya di facebook, maka aku perlu memperbetulkan persepsi orang ramai pula~ Sedikit perkongsian program Nisa' Pahang :
Nisa' Teen Circle yang telah diadakan di Pantai Sepat Pahang~ Khas untuk remaja~ Baik sekolah rendah hinggalah peringkat menengah~
Dan ini pula Nisa' Day yang menghimpunkan 13 Daerah di Negeri Pahang~
Aku dah tunaikan permintaan Orang Kuat Nisa' Pahang untuk paparkan aktiviti mereka~ Jelas Nisa' bukan tidak ada aktiviti~ Cuma perlu perbaiki ruang-ruang yang lopong dalam organisasi tersebut~
Berikut aku senaraikan cadangan bagi memantapkan Nisa' :
a) ya benar Nisa' ada buat program, namun adakah program tersebut menambahkan ahli Nisa'?
b) jika menambahkan ahli Nisa', adakah akan bertambahnya ahli PAS di dalam Dewan Muslimat?
c) Jika bertambahnya ahli PAS di dalam Dewan Muslimat, adakah berjaya mengubah persepsi masyarakat menyatakan Muslimat PAS hanya milik mereka berumur 40 tahun ke atas?
d) Konvensyen blogger yang lepas, Prof Abu Hassan Hasbullah menyatakan beliau tidak kenal siapa Ketua Muslimat PAS Pusat. Apa peranan Nisa' untuk promosikan Ketua Dewan Muslimat? Senang saja, wujudkan blog atau facebook yang diselia baik oleh Team Nisa'. Jangan buat, tetapi terabai~
e) Bina krisis~ Biar suara Nisa' itu di dengar masayarat~ Contoh : Fokus dengan isu remaja~ Buat perjumpaan dgn Puan Shahrizat Jalil~ Bina hubungan baik dengan Bik Mama aka Puan Rosmah Mansor~ Bertahaluf siyasi~ Ke depan dalam isu yang membabitkan wanita teraniaya~ keluarkan satu statement yang debomm..masukkan dalam blog atau facebook : "Yuna Seorang yang baik dan bertudung, kami mengalu-alukan kehadiran beliau di dalam Nisa'" - ni suatu krisis ni, dan pasti akan di sebut berulang-ulang, baik di alam maya, bahkan di alam cetak~ akan di sebut-sebut kisah ini di dalam ruang hiburan~ Ini cara kuasai krisis. Ingat, krisis itu suatu bisnes di abad ke 21~
f) jangan hanya fokus dengan program puak-puak kita sahaja. sebagai contoh, program Nisa' Indoor Game. Ya, ia bagus, namun adakah berjaya menarik golongan remaja yang menjadi sasaran Nisa'. Jika yang menyertai ahli Nisa' yang tegar, aku rasa ia tak berjaya~
g) fikirkan kaedah yang paling berkesan bagi mendepani Puteri UMNO~ ya, aku tahu mereka buat program dengan dana dan bajet yang besar, menggunakan segala jentera kerajaan yang ada dan lain-lain~ namun, pihak Nisa' juga perlu ke depan menjuarai isu-isu remaja~
h) Bersedia menjadi jurucakap bagi pihak PAS dalam isu-isu yang melibatkan wanita Islam. Sbg contoh : isu Kartika~ ada atau tidak pihak Nisa' menjadikan isu kartika ini sebagai permulaan mendesak kerajaan laksanakan undang-undang Islam? Jika tiada, masih belum terlambat untuk itu~
i) Sila jalinkan kerjasama yang baik dengan artis~ Artikel yang lepas, aku minta Nisa' menarik Yuna~ Dekati Erma fatima, khabarnya beliau ingin berdakwah kepada remaja-remaja di lorong gelap dan memerlukan Ustaz Muda dan Hensem, apakata Nisa' tawarkan diri bersama beliau~ Juga artis-artis yang telah mendapat hidayah untuk bertudung~ ramai~ nak taknak je~ Ingat, hubungan yang baik dengan artis ini akan memberi Nisa' promosi percuma di dalam arus media semasa~
Kata-kata terakhir dariku : Siru 'ala barakatillah~ teruskan usaha k~ Aku cadangkan je~ Korang juga yang akan laksanakan~
Paktam : Nice post akhi~ Hope Orang Kuat Nisa' Pahang berpuas hati~ :p
Maktam : Maktam setuju~
Paktam : eh, sikitnya komen Maktam~ Setuju je?
Maktam : Ok la tu dari komen : no komen.. :p
0 komentar:
Post a Comment