Powered By Blogger

17 January 2010

Hasil Carian Google : Barisan Nasional akan memenangi PRU ke-13?

Salam to all~ Apabila ilham mencari carian namaku di Google, jari-jemariku mulai ligat menaip nama-nama individu yang aku kenal. Lantas aku fikir molek benar sekiranya aku menaip nama-nama besar dalam politik di Malaysia.

Ini hasilnya. Aku mulakan dulu dengan Pimpinan Pakatan Rakyat :

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sebanyak 1,850,000 juta link yang memaparkan berkaitan TGNA. Cukup banyak~

Ini pula hasil carian nama Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Kurang sedikit dari Tuan Guru Nik Aziz, hanya 1,240,000 juta~

Tiba giliran Datuk Seri Anwar Ibrahim pula~ Hasilnya sebanyak 2,220,000 juta link yang berkaitan dengannya. Suatu jumlah yang mengatasi pemimpin-pemimpin Malaysia yang lain~ Teruskan dengan gambar di bawah~

Penasihat DAP, Mr Karpal Singh pula mempunyai 381,000 ribu link yang berkaitan dengannya di Google~

Dan ini pula CM Penang, Lim Guan Eng~ 406,000 ribu~ Lagi banyak dari Karpal Singh~

Tidak lengkap hasil carian andai Mr Lim Kit Siang tiada dalam carian~ Dan bila aku klik search, sebanyak 451,000 ribu link yang berkaitan dengannya~ Yang tertinggi mengatasi Lim Guan Eng dan Karpal Singh~

Kemudian, aku search nama bakal pemimpin masa depan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Walaupun masih baru di arena politik, apa yang mengejutkan hasil cariannya cukup banyak. 392,000 ribu~ hampir 3 tahun menjadi Menteri Besar Perak yang sah, namanya begitu harum di arena maya~

Tidak lengkap hasil carian, andai aku melupakan pemimpin UMNO Barisan Nasional. Nak search semua banyak pula. Maka aku masukkan nama-nama besar UMNO BN sahaja.

Kita mulakan dengan Datuk Seri Najib :

1,340,000 juta~ Banyak~

Bagaimana pula dengan Mantan PM, Tun Dr Mahathir? Lihat gambar di atas. 485,000 sahaja. Aku hairan, kenapa sikit sangat~ Patutnya berjuta~ Lantas aku search sekali lagi dengan menaip Mahathir sahaja~ Dan ini hasilnya :

2,930,000 juta~ Ini baru betul~ Lagi banyak dari Anwar Ibrahim~ Maklumlah, paling senior dalam arena politik Negara~ Mantap Chedet~


Lihat pula hasil carian Tun Abdullah Ahmad Badawi~ Boleh tahan la. 1,210,000 juta~

Itu sahaja pemimpin Malaysia yang aku search. Aku beralih pula kepada pemimpin utama dunia~ Ini hasil carian Obama, Presiden USA di Google :


Amacam? 201,000,000 juta tu~ Hampir separuh bilion~ Benarlah, Obama menang Presiden USA pun banyak di bantu dengan kempen di alam maya~ Mewujudkan persepsi! Ya, itu yang dimaklumkan oleh Prof Abu Hasan Hasbullah perihal kemenangan Obama. Ilham itu diperolehi dari Negara Malaysia juga selepas melihat keberkesanan penggunaan internet oleh PAS + PKR dan DAP (kini digelar Pakatan Rakyat) dalam PRU ke 12~

Cukup! Itu sahaja carian yang aku ingin kongsikan berkaitan pemimpin semasa di Malaysia dan USA~

2 paparan gambar yang terakhir untuk anda :

Yang pertama :


287,000 ribu hasil carian menyatakan Barisan Nasional akan menang dalam PRU ke 13.

Yang kedua :




248,000 ribu hasil carian yang diperolehi apabila ditaip Pakatan Rakyat menang PRU ke 13~

Perkiraan Matematik yang mudah : BN menang PRU 13 - PR menang PRU 13

~287,000 - 248,000 = 39,000 ribu~

Kebarangkaliannya BN akan memenangi PRU ke 13 jika aku menjadikan carian di Google sebagai dalil hujah~ Walau bagaimanapun, penghujungnya Islam pasti akan mengusai Malaysia dan dunia~ Insyaallah~

0 komentar:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan