





Menilai seseorang melalui gambar? Mungkin penilaian kita itu betul atau tidak. Sbg cth : Dalam gambar memaparkan seorang lelaki mengejar seorang lelaki yang lain dan terdapat seorang wanita terjatuh serta meminta pertolongan. Persepsi kita menyatakan lelaki yang dikejar 'mungkin' telah meragut beg tangan wanita tersebut. Dan lelaki yang mengejar bertanggungjawab untuk mengejar lelaki yang meragut. Betul atau salah tetap di anggap betul. Itu persepsi yang pertama. Apakata kedua-dua mereka sedang mengejar peragut yang sebanar? Kemungkinan itu tetap ada. Soalnya sekarang, dimanakah gambar peragut tersebut? Jawapannya : tiada di dalam gambar.
Inilah yang berlaku pada gambar di atas. Kita tidak tahu disebalik gambar tersebut. Apa ceritanya. Mungkinkah itu gambar yang ditangkap di lokasi penggambaran Cafe Akhil Hayy? Mungkin selepas habis recording? Mungkin juga rakaman kali ini diadakan di tepi pantai dengan menjemput beberapa orang remaja yang bermasalah, berpakaian seksi dan lain-lain? Kemungkinan itu tetap ada. Bukankah dalam rancangan Cafe Akhil Hayy pelbagai 'spesis' remaja yang dijemput bagi menjayakannya? Ada lelaki yg bertatoo. Ada lelaki yang bersubang. Bertindik di telinga dan lidah. Ada juga perempuan yang rambutnya Na'uzubillah. Dan pelbagai lagi 'spesis' yang lain.
Tapi bagaimana pula gambar yang memaparkan Akhil dan Waheeda terlalu rapat seoalah-olah tiada batas antara muhrim? Jawapannya mudah saja : MEREKA SUDAH BERKAHWIN! Benarkah? Bila? Itu kena tanya mereka. Pesan aku kepada semua, berhati-hati dengan penyebaran gambar yang mengaibkan orang lain. Khuatir kita salah mentafsir. Pesan aku kepada Akhil dan Waheeda, berterus-teranglah. Pesan aku kepada Pn Maizawati, bersabarlah. Pesan aku kepada diri sendiri, Ambillah iktibar dan pengajaran dari kisah mereka. Wallahuallam.
2 komentar:
tak tau la betul ke tak kan. tp bg aku kontovrsi mereka 2org ni hny gimik nak melariskan cafe akhil hayy dan astro.
betul tu..kesian menjadi bahan pelaris utk tujuan populariti dan keuntungan pihak syarikat..bagi aku ia satu bala andai diri menjadi selebriti..
Post a Comment