Powered By Blogger

12 September 2009

Kisah 4 - Lailatul Qadr

beb, kisah 1 hingga 3 menceritakan berkaitan tafsir surah al-qadr. untuk pengetahuan para pembaca sekalian, jam di hujung paparan sebelah kanan penjuru notebook aku menunjukkan pukul 3.28 pagi bertarikh 12 september 2009 atau 22 ramadan 1430. ya, 10 malam terakhir. namun bukan malam yang ganjil.

sabda RASULULLAH yang baksudnya, “…Maka carilah ia sungguh2 pada 10 malam yang terakhir dari Ramadhan.”

aku berfikir juga, jika berkebetulan malam ini adalah malam lailatul qadr, adakah aku mendapat pahala menulis selama 1000 bulan? wau!! lumayan ganjaran itu. Insyaallah andai kisah ini memberi pengajaran dan penambahan ilmu kepada kita semua.

sesuatu yang menarik berkaitan malam lailatul qadr ini adalah pada satu ketika di salah sebuah bandaraya di amerika syarikat tiada langsung kes2 kemalangan, kecurian, kematian dan rompakan. pihak berkuasa merasa hairan dan pelik mengapa ini boleh berlaku. setelah diselidik, rupanya ia berlaku di dalam bulan ramadan. dan berkemungkinan besar ia malam lailatul qadr.

ok, kenapa ini bholeh berlaku? kamu ingat atau tidak terjemahan tafsir sebelum ini : Selamat sejahteralah ia (lailatul qadr) sehingga terbit fajar (subuh). ya, malam itu semuanya semalat. kemalangan zero. kecurian zero. rompakan zero. segalanya baik2 saja. unggas2 steady, langsung tdk aktif seperti hari2 sebelumnya. cuaca tdk terlalu panas dan tdk terlalu sejuk. bintang2 jelas kelihatan. Allah, begitu byk tanda2 Allah tunjukkan pada kita bagaimana mencari lailatul qadr.

teman2, sekiranya terdapat bayi yang lahir pada malam ini, semuanya akan mendapat rahmat dr Allah SWT, samada lahir sebagai muslim atau non muslim. dan insyaallah suatu kajian yang dibuat kebanyakkan non muslim yang memeluk islam semasa dewasa adalah mereka yang lahir pada bulan ramadan. mungkinkah mereka lahir pada malam lailatul qadr? Allah lebih mengetahui. Namun aku ttp optimis, malam ini selamat sejahtera hingga terbit fajar. Allahuarabbi..

agak2 la, bagaimana kita tdk terlepas lailatul qadr setiap kali ramadan menjelang? senang sahaja. Ikut tips dari sahabat Nabi SAW; Ibnu Masud : " Setiap malam adalah malam Lailatul Qadr"

haha..jika kita berpendirian spt Abdullah Ibnu Masud, nescaya kita tdk akan terlepas malam lailatul qadr setiap tahun. tidak kiralah samada ia malam ke 21, 23, 25, 27, mahupun 29. dan yang pasti esoknya cahaya matahari samar2 menembusi bumi kerana dipenuhi dgn tutupan sayap para malaikat. Allahuakhbar!!

Kisah 3 - Lailatul Qadr

beb, 1000 bulan bersamaan 83.33 tahun. lama tu. jika seseorang melakukan amalan pada malam lailatul qadr, maka pahalanya menyamai ganjaran amalan 1000 bulan. pernah satu ketika ustaz ismail kamus ditanya oleh seorang pemandu bas : "ustaz, saya seorang pemandu bas, 10 ramadan yang terakhir adalah waktu yang paling kerap saya memandu, tambah2 menjelang hari raya, jadi bagaimana saya nak dapatkan pahala malam lailatul qadr ini" soal lelaki tersebut. Maka dijawab spontan oleh ustaz ismail kamus : "sewaktu memandu, bacalah mana2 ayat suci al-quran yang awak hafal, ataupun pasang kaset mengaji al-quran. sekiranya malam itu malam lailatul qadr,nescaya awak mendapat ganjaran pahala memandu bas 1000 bulan"... ki ki ki.. :))

ok, kita kembali semula kepada tafsir surah al-qadr ayat yang seterusnya.

Sambungan Tafsir


Sufyan as Thauri berkata, “telah disampaikan kepada aku daripada Mujahid bahawa malam al qadr lebih baik daripada seribu bulan (maknanya): amalannya, puasanya, dan mendirikan malamnya adalah lebih baik dari seribu bulan. Dan daripada Mujahid, Malam al qadr lebih baik daripada seribu bulan yang tidak ada malam al qadr padanya.

Daripada Abi Hurairah radhiallahu anhu berkata bahawa Rasulullah bersabda, “ Barangsiapa yang mendirikan malam al qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan keampunan dari Allah, diampunkan baginya dosanya yang telah lampau.”

Ayat 4-Malaikat Turun Bawa Rahmat dan Berkat

Malaikat-malaikat yang dimaksudkan dalam ayat ialah malaikat rahmat yang membawa segala rahmat dan keberkatan pada malam itu. Banyaknya malaikat turun menandakan banyaknya keberkatan dan rahmat turun pada malam al qadr. Keadaan ini samalah ketika turunnya Malaikat kepada orang yang sedang membaca al Qur’an atau orang yang duduk dalam majlis /halaqah zikr. Mereka melingkungi orang yang berzikir serta melabuhkan sayap mereka ke atas orang2 yang menuntut ilmu kerana memuliakan penuntut ilmu.

Manakala ar Ruh pula ialah Malaikat Jibril alaihissalam.Adapun “membawa segala urusan” membawa maksud segala taqdir berkaitan ajal dan rezeki, dan ketentuan segala perkara sebagaimana disebut oleh qatadah.

Ayat 5-Sejahtera hingga Subuh

Sejahtera di sini bermaksud Syaitan tidak dibenarkan melakukan perkara2 jahat pada malam itu. Kata Qatadah dan Ibn Zaid , Rasulullah bersabda, “ Salaamun hia” bermaksud baik seluruhnya , tidak ada padanya(malam al qadr) kejahatan hinggalah terbitnya fajr(Subuh).

Adapun antara tanda Malam al Qadr ialah berdasarkan kepada hadis2 di bawah :

Dari ‘Ubay Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Artinya : Pagi hari malam Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi”
[Hadits Riwayat Muslim 762]

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Kami menyebutkan malam Lailatul Qadar di sisi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda.

“Artinya : Siapa di antara kalian yang ingat ketika terbit bulan seperti syiqi jafnah”
[4]

Dan dari Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Artinya : (Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan”


[Tahayalisi 349, Ibnu Khuzaimah 3/231, Bazzar 1/486, sanadnya Hasan]

Kisah 2 - Lailatul Qadr

Himpunan Badar Al-Kubra peringkat Negeri Johor yang lepas, seusai solat subuh, Ustaz Ibrahim Misran Al-Banjari telah menceritakan berkaitan seorang pemuda bani israil. Namanya Sham'un. Apa kaitan Sham'un dengan tafsir surah al-qadr?

Siapakah beliau? Kita gali lagi tafsir surah ini.

Ayat 2 & 3-ASAL USUL SERIBU BULAN

Diriwayatkan daripada Ibnu Abi Hatim daripada Mujahid bahawa ada seorang lelaki dari Bani Israil, namanya Syam’un. beliau merupakan seorang pahlawan Islam yang berjuang di jalan Allah selama seribu bulan. Selama perjuangannya seribu bulan, beliau tidak pernah dikalahkan oleh musuhnya.

Ada pula riwayat Ibnu Jarir daripada Mujahid juga, mengatakan beliau (lelaki Bani Israil) itu pada malam harinya sentiasa mendirikan ibadah malam sehingga subuh, manakala pada siang harinya berjihad menentang musuh sehinggalah menjelang petang selama seribu bulan.

Hikayat Sham’un

Imam Al Ghazali menceritakan kisah Sham’un dengan agak terperinci. Kisahnya begini: Sham’un merupakan seorang pahlawan di kalangan Bani Israil dan beliau tidak pernah dikalahkan musuh. Suatu hari, musuh nya berbincang cara untuk menewaskan Syam’un. Lalu mereka menghantar utusan kepada Isteri Syam’un untuk memperdayakannya. Utusan tersebut membawa satu bejana ppenuh dengan emas dan meminta isteri Syam’un supaya mengikat suaminya pada malam hari.

Akibat tamakkan emas, isterinya sanggup mengikat Syam’un pada malam harinya. Keesokkan paginya, apabila Syam’un bangkit dari tidur, dengan mudahnya tali yang mengikatnya terputus satu demi satu. Lalu beliau bertanya kepada isterinya kenapa beliau diikat? Jawab isterinya, dia mahu menguji kekuatan Syam’un.

Apabila pihak musuh mengetahui bahawa rancangan tersebut gagal, mereka berputus asa. Kemudian Iblis datang menemui mereka dan menasihati mereka agar meminta isteri Syam’un tanya suaminya itu apakah rahsia kekuatannya? Pada malam nya, si isteri bertanyakan Syam’un tentang perkara itu.

Syam’un yang pada awalnya keberatan memberitahu, akhirnya mendedahkan rahsia kekuatannya terletak pada lapan helai janggutnya yang panjangnya hingga ke tanah. Setelah Syam’un terlena, si isteri pun memotong janggut suaminya yang hanya lapan helai itu lalu diikatnya pada kaki dan tangan Syam’un.

Pihak musuh datang menangkap Syam’un dan membawanya ke rumah pasung untuk diseksa. Mereka menyeksa Syam’un dengan memotong sedikit demi sedikit anggota tubuh Syam’un seperti telinga, mulut dan lain-lain. Lalu Syam’un yang berada dalam kesakitan , berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk melawan musuhnya. Tiba-tiba Allah memakbulkan doa Syam’un , dan Syam’un menarik ikatan yang mengikatnya pada tiang2 besar di rumah pasung itu hingga menyebabkannya runtuh lalu menimpa musuh2nya sehingga mati.

Baiklah, kisah Sham'un ini begitu dicemburui oleh para sahabat nabi. Ini kerana diriwayatkan Sham'un semasa hidupnya berjihad di jalan Allah selama 1000 bulan tanpa henti. Maka menangislah para sahabat kerana mereka sedar umur ummat Muhammad hanya lingkungan 60 ke 70 tahun. Maka, turunlah ayat ini. Bergembiralah para sahabat apabila mendapat khabar bisa mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda pada malam lailatul qadr.


Kisah 1 - Lailatul Qadr

Bismillahirrahmanirrahim

Tafsir Surah al Qadar.

1.Innaa anzalnahu fii lailatil qadr.

2.Wa maa adrooka maa lailatul qadr

3.Lailatul qadri khairummin alfi syahr.

4.tanazzalul malaa’ikatu warruuhu fiihaa bi iznirabbihim minkulli amr

5.saaalamun hiya hatta mathla’il fajr.

Maksudnya:

1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.

2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan

4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.

5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).

salam semua serta salam 1 malaysia (ha-ha-ha..mcm berita RTM kan). beb, kali ni aku nak kongsi berkaitan dgn malam lailatul qadr. yang mana boleh dijadikan pedoman dan peringatan bagi kita.

mari kita fahami tafsir surah ini :

TAFSIRNYA

Lailatul Qadr juga dikenali dengan Lailatul Mubarakah sebagaimana yang disebut dalam firman Allah yang berbunyi, “Innaa anzalnahu fi lailatin mubaarakah.” yg maksudnya, “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya(al Qur’an) pada malam yang penuh keberkatan”. Dan malam tersebut sudah pastinya di bulan Ramadhan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al Qur’an.” Ibn Abbas berkata: Allah telah menurunkan al Qur’an dalam jumlah yang satu(sekaligus) daripada lauh mahfuz ke baitul ‘Izzah di Langit Dunia. Kemudian ia diturunkan secara beransur-ansur berdasarkan kejadian yang berlaku sepanjang kehidupan Nabi Muhammad sebagai Rasulullah selama tempoh 23 tahun.

Ok, dah jelas mukadimah malam lailatul qadr ini, kita ikuti sambungannya dalam kisah yang ke-2.


04 September 2009

Lagu untuk teman-teman




Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan