Powered By Blogger

15 June 2009

Sisters In Islam - Bahagian 2

Pemikiran SIS?

SIS berfahaman dengan fahaman sekular dan liberalisme walaupun bertopengkan nama Islam pada organisasinya. SIS dicengkam dengan gaya berfikir cetusan “Enlightment” di Eropah beberapa kurun yang lalu. SIS membawa fahaman liberalisme dimana sekularisme menyokong kewujudannya dengan berjayanya ajaran sekularisme yang menyisihkan kehidupan agama kepada satu amalan peribadi, manakala kehidupan sosiopolitik dan ekonomi dibebaskan dari cengkaman agama (Kristian).

Keadaan ini berlaku apabila Eropah melalui zaman pencerahan atau “Enlightment” dimana kebencian terhadap peranan agama dizahirkan dengan perluasan fahaman yang menyeru kepada kebebasan mutlak dari cengkaman agama.

Perlu diingat, zaman pencerahan adalah satu zaman pemisah untuk membezakan “darkage” (kegelapan) yang dikaitkan dengan kemunduran kerana penguasaan institusi gereja ke atas sosiopolitik Eropah.

Keadaan ini terus terbawa-bawa oleh SIS yang mempersoalkan tentang ketidakadilan di dalam menghadapi hukuman di mahkamah syar`iah, hak lelaki berkahwin lebih dari satu (poligami), lelaki boleh memukul isteri yang durhaka, tidak mempercayai Islam sebagai ideology politik yang boleh memerintah Negara, mempercayai agama hanya sebagai nilai yang boleh mengawal politik, tetapi undang-undang dan hukuman bukan keseluruhan dari Islam, menentang hudud, menentang menahan orang yang mahu murtad dan hukuman terhadapnya, menentang Negara Islam, menentang penentuan dan pengawalan nilai ke atas masyarakat, Negara tidak seharusnya mengadakan undang-undang atau polisi mengenai sexualiti yang mendiskriminasi dan membezakan dari segi hukuman dan berpegang pada kebebasan beragama (Ibid., 10-13).

Atas sebab inilah, tidak sukar untuk memahami pemikiran SIS mengapa SIS lantang menyerang sistem nilai Islam, termasuklah undang-undang syariah dan penguatkuasaan hukum Islam. Disinilah SIS akan bertembung dengan sesiapa dan apa sahaja yang mahukan Islam, sebagai entiti peranan yang berwibawa, walaupun pihak tersebut adalah pihak kerajaan sendiri.

SIS adalah pejuang kebebasan individu yang membawa fahaman utilitarian dalam menentukan batasan 'akhlak' yang diizinkan. Utilitrian menganggap bahawa keseronokan maksima “maximum pleasure” adalah pengukur moraliti. Selagi ia menghasilkan keseronokan maksimum, maka seseorang bebas untuk melakukan apa sahaja yang dikehendaki. Fahaman ini menolak sebarang campur tangan mana-mana pihak menentukan bagaimana seseorang itu mahu dan boleh berseronok kerana kononnya ia adalah hak individu.

Mereka juga membawa pemikiran tuntutan persamaan hak ini di dalam sistem kekeluargaan. Mereka memperjuangkan kebebasan berkeluarga, maka kehidupan berumahtangga yang berdasarkan agama menjadi longgar. Kerana mengelak dari keterikatan, tanggungjawab dan beban yang ada dalam kehidupan berumahtangga, maka mereka memilih pasangan secara hidup bebas tanpa ikatan pernikahan dan fenomena anak luar nikah hasil dari penzinaan.

Gerakerja SIS?

Fokus sebenar langkah-langkah mereka ialah mempersoal, meperkecil dan meragukan masyarakat khususnya yang kurang pengetahuan mengenai pelaksanaan hukum-hukum Islam. SIS menjalankan kerja menafsir Quran yang menyokong layanan sama rata wanita dengan menggunakan tiga taktik menggunakan media sebagai alat, menganjurkan bengkel dan menyebarkan maklumat melalui ceramah umum, diskusi, sesi latihan dan penerbitan.

SIS mengatakan bahawa hak wanita telah disalah ertikan oleh kaum lelaki. SIS mendapat tumpuan media dengan menghantar lambakan surat kepada penerbit dalam akhbar-akhbar, sidang akhbar yang menghebahkan undang-undang berat sebelah, menulis dalam ruangan soal jawab dalam akhbar dan mengadakan sessi latihan untuk wartawan wanita.

Dengan cara ini SIS mendapat hubungan yang baik dengan pihak media dan dapat menggunakan media sebagai alat pendidikan. Taktik SIS yang inovatif ini adalah sangat berguna untuk kumpulan-kumpulan yang ingin memajukan perjuangan hak asasi manusia dalam persekitaran kebudayaan atau keagamaan. Kerjasama mereka yang bijak dengan pihak media boleh digunakan oleh kumpulan untuk mendapat suara yang kuat walaupun sumber dan peluang adalah terhad.

Antara memorandum yang pernah dibuat oleh mereka yang menimbulkan kontroversi dan
bersifat mencabar Islam termasuklah:

i. Memorandum Perbandingan Rang Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dengan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri selangor) 1984 bertarikh 16 Mei 2003.

ii. Memorandum On the Syariah Criminal Code (II) 1993 State of Kelantan bertarikh 25 December 1993.

iii. Officers' Action Cannot Be Seen As 'Islamic' bertarikh 23 January 2005

iv. "Moral Policing Violates Qur'anic Spirit and Fundamental Rights" bertarikh 1 Februari 2005

v. “The State Has No Role in Policing Morality” bertarikh 23 Mac 2005

Apa yang membimbangkan ialah gerakan ini dilindungi oleh pihak yang mempunyai kewibawaan. Seperti yang dapat dilihat dalam “Kempen Satu Suami Satu Isteri” yang digagaskan SIS, pelancarannya dilakukan sendiri oleh isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmud (sebelum meninggal), beberapa tahun dahulu.

Kita yakin bahawa kumpulan seperti SIS dan beberapa NGO seperti ini mempunyai konspirasi dan gerakan terancang untuk menghapuskan sistem nilai dan perundangan Islam melalui pendekatan pemikiran dan tuntutan yang dibuat oleh mereka.

Sisters In Islam - Bahagian 1

Siapa yang tubuhkan Sisters In Islam (SIS)?

Dr Amina Wadud (gambar sebelah tu dia la-gambar mei 2005, tengah jadi imam solat jumaat kat sebuah gereja di amerika, mantan pensyarah UIAM) yang tubuhkan pada tahun 1990 dan sekumpulan wanita yang sealiran dengannya. Mereka merasakan wanita Islam tidak mendapat keadilan dari segi hukum Islam, kemudian bersepakat menubuhkan sebuah NGO bagi memperjuangkan hak yang didakwa mereka.

Siapa ketua mereka?

Zainah Anwar menjadi Pengasas dan ketua SIS.

Apa Tujuan Sis?

Tujuan menubuhkan SIS diterangkan oleh Zainah: ``We are fighting for justice, (for) an Islam that is just, an Islam that upholds the principles of justice, equality, freedom and dignity of the human being, be it man or woman. But certainly, given the experience that we've gone through, our focus is on the rights of Muslim women.`` (Ibid: 11).

Bagaimana Doktrin SIS ini tersebar di Malaysia?

Keadaan ini berlaku semasa Amina Wadud menjadi pensyarah di UIAM beliau meyusupkan idea dan fahamnya kepada sekumpulan wanita yang sealiran dengannya. Contoh hak berpoligami bagi lelaki dan suami berhak memukul isteri yang nusyuz. Mereka mendakwa sebagai kelas dua dan dinafikan hak. Kumpulan wanita yang tidak puas hati merasa bertuah mendapat seorang mentor yang berjiwa sealiran dengan mereka. Ini terbukti dari ungkapan berikut:

``We were very lucky that we had (Muslim theologian and scholar) Dr Amina Wadud, who had arrived to teach the Quran in UIA (International Islamic University). She was teaching the Quran and she had done her PhD thesis on woman and the Quran. And so she helped us to go through the Qur`an, to go through the words, grammar, vocabulary, world view, the Qur`anic world view. So she helped us develop this methodology and it was a great engagement because she's a scholar. But we bring our activist background.`` (The Sun Weekend, July 17-18, 2004: 10).

Ungkapan di atas adalah dari Zainah Anwar yang dari pengenalan dan pengajian beliau bersama kumpulan wanita tersebut.

Apa kata laman web SIS?

Laman web SIS pula menerangkan aktiviti mereka sebagai:

“Sisters in Islam is at the forefront of the women's movement which seeks to end discrimination against women in the name of religion. The group's activities in research, advocacy and public education help to promote the development of Islam that upholds the principles of equality, justice, freedom and dignity within a democratic state. The group writes letters to the editor, issues press statements and submits memorandum to the Malaysian government to influence laws and policies and the debate within Islam on issues such as equality, dress and modesty, polygamy, domestic violence, right to guardianship, women as judges, Islamic Family Law and justice for women, Shari’ah Criminal Law and fundamental liberties, and apostasy and freedom of religion.”

Di tengah-tengah kedahagaan mereka berhubung dengan maklumat keislaman, mereka bertemu dengan watak yang lebih banyak mempersoalkan Islam dari mematuhi Islam.

Isu Kerajaan Perpaduan : Media Perdana lebih telus daripada Harakah?

Kerajaan Perpaduan/ Unity Goverment (UG) kecoh kembali. Semua ini gara-gara laporan media yang lebih laju daripada kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Lebih hangat lagi apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang menyokong UG ini sebagai ejen UMNO.

Isu ini dah setel sebelum ni. Kenyataan TG Presiden disalah tafsir oleh mainstream media. Akhirnya, TG Presiden menarik balik kenyataannya. Tamat. Dalam ucaptema TG Presiden pada Muktamar yang lepas tiada langsung disentuh berkaitan UG ini. Sebulat suara perwakilan bersetuju bersama Pakatan Rakyat dan memperkuatkannya.

Dalam sidang media selepas muktamar TG Presiden di tanya berkaitan dengan UG. Maka ketika itu juga TG Presiden komited dgn gagasan Kerajaan Perpaduan yang di bawanya. TG Presiden tidak menyebut Kerajaan Perpaduan PAS bergabung dengan UMNO. Tidak wujud sama sekali! Polemik mula timbul apabila TG Nik Aziz tidak bersetuju, DAP tidak bersetuju dan PKR juga senada dan seirama. Ia seperti mengiakan Kerajaan Perpaduan PAS bergabung dengan UMNO.

Isu ini menjadi hangat apabila ia diperbesar-besarkan semula oleh media arus perdana; menjadi 'zikir' yang diratib hari-hari. Ditambah pula gesaan dan pandangan dari ahli jemaah sendiri di laman-laman blog yang masing-masing mengusutkan lagi isu ini.

Apa yang aku nak sentuh di sini adalah kenapa Harakah (akhbar rasmi PAS) dan juga Harakahdaily.net seperti tidak ambil peduli dan tidak menyiarkan kekusutan berkaitan Kerajaan Perpaduan ini? Sekarang sudah terbalik. Utusan Malaysia menjadi Harakah, Harakah menjadi Utusan Malaysia.

Maklumat yang betul di dapati di Utusan Malaysia, Sinar Harian, Berita Harian dan lain-lain. Di Harakah cuba mengalih isu yang lain. Aku faham ini semua permainan media bagi melaga-lagakan ahli PAS amnya dan TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi khususnya. Seperti wujud 2 kem yang berbeda. Tapi isu ini semakin menjalar di peringkat akar umbi. Kelab-kelab penyokong PAS di serata Malaysia mula confius. Cina dan India yang mula mendekati PAS semakin pelik dan hairan sehinggakan ada yang mengeluarkan statement mereka yang menyokong UG jangan berkempen untuk PAS di Manek Urai.

TG Haji Hadi, TG Nik Aziz, aku amat berharap agar UG/ Kerajaan Perpaduan ini diselesaikan secara hikmah. Kenyataan bersama perlu disegerakan. Kenyataan dari pimpinan Pakatan rakyat juga perlu seiring. Kita sekarang ini dipermainkan semahu mungkin oleh UMNO dan Barisan Nasional. Saat mereka berpecah antara parti komponen, mereka ada talian hayat yang terakhir melaga-lagakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat selepas isu perkauman tidak berjaya didendangkan.

Bagi aku yang lemah ini, aku tetap bersama dengan kepimpinan yang ada. Bersama kepimpinan Ulama. Awas mereka-mereka yang menjadi gunting dalam lipatan, akhirnya rahsia anda akan terbongkar. Tidak kiralah anda sebagai pimpinan atau bukan. Kepada akhbar Harakah dan juga Harakahdaily, jangan sampai ia dah 'merebak' barulah nak bertindak.

"Ya Allah Ya Tuhan kami, perkuatkanlah jemaah kami, Jauhkanlah ia dari sebarang fitnah. Kami hambaMu yang lemah. Berilah kami petunjuk, berilah pimpinan kami petunjuk, dan berikanlah semua muslim petunjuk. Tekadkanlah hati kami untuk bersama kepimpinan Ulama. Engkau Maha Berkuasa, kami bermohon kepadaMU agar isu Kerajaan Perpaduan ini tidak memecah belahkan jemaah kami. Perkenankanlah permintaan kami ini Ya Allah..Amin Ya Rabbal 'Alamin..."

Pelbagai Kaum Dapat Layanan Sama Di Bawah PAS (ISLAM)!!

KOTA BHARU, 14 Jun: Rakyat pelbagai bangsa di negara ini akan mendapat layanan sama rata dari pemimpin PAS sekiranya parti itu menguasai negara pada masa akan datang. Pada masa yang sama, hubungan antara kerajaan dengan Republik Singapura juga akan berjalan baik sebagaimana biasa walaupun negara pada waktu itu ditadbir oleh pemimpin yang mentadbir secara Islam.

Demikian jaminan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kepada Menteri Mentor Singapura, Lee Kwan Yew, yang bertanya Nik Aziz sekiranya PAS menguasai pucuk pimpinan negara pada masa akan datang sempena lawatan rasminya hari ini ke negeri itu.

Nik Aziz memberitahu, contoh harmoni yang dilaksanakan terhadap masyarakat minoriti di negeri ini seperti Cina dan India serta lain-lain bangsa sudah cukup menjadi bukti.

Katanya lagi, kehadirannya ke rumah ibadat masyarakat Buddha sebelum ini termasuk menerima rombongan pemimpin pelbagai agama termasuk Kristian di negeri itu juga turut menjadi bukti dasar hubungan baik dan mesra menurut Islam telah diamalkan oleh parti Islam itu di negeri berkenaan hampir 20 tahun lalu.

Bahkan, menurutnya antara negara pertama yang dilawatinya sewaktu mendapat mandat sebagai Menteri Besar adalah Negara China yang berbanding negera lain memandangkan negara tersebut menerima Islam sejak awal berbanding Tanah Melayu.

Turut hadir pada pertemuan yang berlangsung hampir sejam di pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim itu Menteri Kewangan Singapura, Tharman Shanmugaratnam, Menteri Pelajarannya, Ng Eng Hen di samping beberapa orang pegawai dari Kedutaan Singapura.

Turut hadir mengiringi Nik Aziz selain Setiausaha Politik, Haji Annual Bakhri Haroun dan Setiausaha Sulit Khas, Rosdi Abdullah ialah, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco, Datuk Husam Musa, Datuk Mohd Amar dan Datuk Anuar Tan Abdullah.

Komentar :

Tuan Guru Nik Aziz bersama Lee Kuan Yew. Hebat! Semoga ada manafaatnya akan pertemuan ini.

14 June 2009

Takziah Buat Syeikh Fathi Yakan, Tahniah Buat Ahmadinejad!

Takziah Buat Syeikh Fathi Yakan

Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam (cawangan ikwanul muslimin) sehinggalah pada tahun 1992.

Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.

Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya'ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku. Beliau telah memantau laman web dakwah.net. Isteri beliau bernama mona yakan dan 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

Jenazahnya dikebumikan selepas asar di perkuburan keluarga di Babur Raml. Innalillahi wa inna ilahi raji'un...

Komentar:

Allah lebih menyayangi beliau. Setiap pendokong islam, tidak kira di mana saja mereka berada pasti akan merasai kehilangan pejuang agung ini. Buku karangannya : Apa Ertinya Saya Menganut Islam begitu dekat dengan hati aku. Semoga rohnya bersama-sama dengan para nabi, orang yang benar, para syuhada serta orang-orang yang soleh. Al-fatihah...


Tahniah Buat Ahmadinejad!


Kemenangan buat penggal ke tiga bagi pemilihan presiden republik iran dengan peratus undian sebanyak 62.63, mengalahkan 3 calon presiden yang lain. Walaupun kekecohan berlaku tika ini di Iran, namun aku percaya ia akan pulih seperti biasa. Buat kamu Ahmadinejad, teruskan tekanan kamu kepada Yahudi di Palestin serta mengecam dasar-dasar USA yang menekan umat Islam. Kami golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah berharap tembok yang terbina dengan golongan Syiah juga dipulihkan. Bersatu kita berhadapan musuh yang nyata! Bukannya berantakan sesama kita.
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan