Powered By Blogger

14 August 2009

Merdeka Tinggal Beberapa Hari Lagi..Namun..

KEMPEN KEBAR JALUR GEMILANG TAK DAPAT SAMBUTAN

# Najib lancarkan 12 Ogos lepas.
# Aku tengok kat jalan raya,... payah nak jumpa kenderaan yg kibar.
# Sah tak dapat SAMBUTAN.
# Kalau ada pon kat Lori angkut Sampah....

# Tapi kalau kat Permatang pasir, kibar kat kenderaan bendera Parti,... SPR Tak bagi dan Polis akan Saman.


Kontroversi Sepanjang Minggu Berkaitan Dunia Politik - Versi gambar















Apa kisah disebalik gambar? Tunggu...

Belangsungkawa Ya Ustaz Asri! (3 Ogos 1969 - 13 Ogos 2009)

Pilu. Sedih. Itu sahaja ucapan yang termampu aku luahkan. Saat mendapat khabar pemergian beliau jam 11.40 pagi tadi dari seorang sahabat, aku cemas seketika. Ustaz Asri Ibrahim, vokalis kumpulan Rabbani meninggal dunia. Pergi Tak Kembali. Aku pasti merindui suara merdumu ustaz. :(

Apa kata rakan rapat beliau :

"Allahyarham al Fadhil Ustaz Asri Ibrahim adalah sahabat lama saya semasa kami sama - sama merantau ke bumi Syam Beliau seorang yang sangat istemewa dan memiliki suara emas.Allahyarham pernah digelar jelmaan Bilal ibnu Rabah apabila beliau sering ditugaskan untuk mengumandangkan azan di markaz al Arqam Jordan dan juga dalam majlis - majlis rehlah kami apabila tiba waktu solat," Ustaz Nasrudin Tantawi seperti catatan di blognya.

"Kira-kira pukul 10.30 Asri masuk ke dalam studio. Sebelum kejadian Asri sedang memegang mikrofon, bagaimanapun beberapa saat sebelum program bermula dia rebah ke lantai. Tahun ini merupakan tahun kelima Asri terlibat dalam program kita. Beliau dipilih sebagai penyeri majlis dan sebagai penyanyi untuk menyanyikan lagu tema program Syahaddah. Saya akan ingat tarikh hari ini sampai bila-bila," - Ibrahim Zaidi (Penerbit & Penyelaras Program Syahadah)

"Susah bagi sesuatu muzik atau lagu itu untuk masuk ke telinga saya. Tetapi bila beliau menyanyi, saya sememangnya nak dengar alunan suaranya... ternyata nyanyian Ustaz Asri boleh mengasyikkan telinga saya dan sedap didengar. Allahyarham bukan sahaja bagus di bidang nyanyian tetapi juga mampu membaca ayat-ayat suci Al-Quran dengan baik. Beliau adalah seorang yang boleh kita jadikan contoh yang terbaik... dari segi perangai dan kelakuan, beliau sememangnya amat menyenangkan hati sesiapa sahaja," - Ramli MS

Pergi Tak Kembali (Tribute To Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim)

Setiap insan pasti merasa # Saat perpisahan terakhir # Dunia yang fana akan ditinggalkan # Hanya amalan yang dibawa # Terdengar sayup surah dibaca # Sayunya alunan suara # Cemas di dada...lemah tak bermaya # Terbuka hijab di depan mata # Selamat tinggal pada semua # Berpisah kita selamanya # Kita tak sama nasib di sana # Baikkah atau sebaliknya # Amalan dan takwa jadi bekalan # Sejahtera bahagia pulang...ke sana # Sekujur badan berselimut putih # Rebah bersemadi sendiri # Mengharap kasih anak dan isteri # Apa mungkin pahala dikirim # Terbaring sempit seluas pusara # Soal-bicara terus bermula # Sesal dan insaf tak berguna lagi # Hancurlah jasad dimamah bumi # Berpisah sudah segalanya # Yang tinggal hanyalah kenangan # Diiring doa dan air mata # Yang pergi takkan kembali lagi

Alangkah bahagianya andai menghadap Allah dalam keadaan meninggalkan alunan zikir2 memuji kebesaran Allah. Ia pasti menjadi amalan yang berterusan. Al-fatihah.

11 August 2009

Semangatku Untuk Menulis Kian Merosot

(Sekadar gambar hiasan)

Setakat jam 1 tengahari bertarikh 9 Ogos 2009, pengunjung yg telah melawat Youth Moving Forward mencecah 4212 orang. Ramai tu. Sepatutnya dalam jangka waktu pertambahan bilangan pembaca saban hari, aku semakin rajin berkarya, namun sebaliknya yang berlaku. aku tidak tahu kenapa. bulan julai entri banyak. macam2 kisah aku kongsi bersama. bulan ogos baru 2 posting termasuk kisah ini. alahai, lembabnya. ruangan bual bicara ada komen nak mansuhkan aku punya blog. ha-ha-ha. Mansuh ppsmi dgn ISA cukup la, apa jadahnya nak mansuhkan blog aku ni.

bila aku renung kembali, ke'MALAS'an aku untuk menulis di blog ini akibat fokus yang terlebih di facebook. ha-ha-ha. akaun aku di facebook ada 3. 1 dah kena block. 1 backup dan 1 lagi akaun peribadi. asal isu panas je dalam facebook, ada la yg tak puas hati. bila tak puas hati, mula la nak pedajalkan org lain. dah kena block. baru semingguberoperasi. nasib2.

ok, kembali kepada tajuk. bagaimana ya nak naikkan semangat semula? tolong aku kawan2 sekalian. Pliz..

04 August 2009

Kisah Di Sebalik Kisah Himpunan Mansuh ISA 1 Ogos 2009

Allah. Blog ku ini terabai begitu dahsyat sekali. Langsung tiada entri. Sibuk di facebook sehinggakan YMF seperti anak di rumah mati kelaparan. Buat pembaca2 sekalian terutama Kakyan, Ana, Nikjoe, Zahida, Mujahidah, Zaifah dll, Insyaallah aku berjanji akan update sekerap mungkin..Fokus penceritaan sudah pasti himpunan MANSUH ISA 1 Ogos yang lalu. Biarlah lambat, asal ada kisah. Betul kan..kan..kan..hihi..Tunggu ya..


Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan