Powered By Blogger

04 July 2009

Al-Fatihah Buat Allahyarham Mikael

Saat kematian beliau, umat Islam terutamanya tertanya-tanya apakah anutan agama terakhir Michael Jackson? Adakah Kristian? Atau Islam.

Alhamdulillah, segala-galanya terbongkar semalam. Wasiat beliau yang terakhir di siarkan oleh akhbar The Sun terbitan USA jelas dinyatakan bahawa beliau mati sebagai Islam.

Beliau mengamanahkan jenazahnya untuk diuruskan sepenuhnya oleh abang beliau, Jermaine. Jermaine awal-awal lagi telah memeluk Islam. Jermaine juga memaklumkan Michael Jackson memeluk Islam pada November 2008 yang lepas dan menukar nama kepada Mikael.

Maka terjawablah teka-teki anutan akhir beliau. Lahir kafir, hidup kafir, mati Islam. Alhamdulillah. Saat syahadah diucapkan Allah telah mengampunkan segala dosa-dosanya. Maka jadilah beliau seperti bayi yang baru lahir, tiada dosa.

Bagaimana kita yang lahir-lahir lagi sudah Islam? Berapa banyak dosa kita? Semoga kita yang lahir sebagai Islam, hidup sebagai Islam, maka istiqomahkanlah ia agar kita mati dalam keadaan Husnul Khatimah; Mukmin yang Muttaqin.

Maklumat Pengkebumian : Kira-kira sejuta orang dijangka hadir di majlis penghormatan terakhir MJ di Arena Staples Center di Los Angeles.Upacara akan diserikan dgn persembahan dan penghargaan dpd beberapa lagenda muzik. Keranda MJ bersalut emas 14 karat. Harga- RM87,000. Upacara ini khabarnya dijangka mengatasi majlis pengkebumian Elvis Presley pd tahun 1977 yg dihadiri 75,000 org di Memphis, dan Puteri Diana yg dihadiri 250,000 di Hyde.
Al-Fatihah

03 July 2009

3000 punya cerita..

Nyamannya udara. Segalanya bagaikan syurga. Ku toleh kanan, ku toleh kiri, tiada yg ku temui selain kehijauan.

Suara unggas-unggas rimba bergemercik seolah-olah menyambut kehadiranku. Angin bayu lembut menyapa wajah. Allah! enak sekali.

Aliran deras air sungai jelas kelihatan dan kedengaran. Tiada lagi yang indah melainkan ciptaan Allah yang Maha Pencipta.

Baik struktur fizikal bakteria perebak wabak Influenza A H1N1 hatta kepada penciptaan cakarawala. Segalanya indah. Bagaimana agaknya perihal syurga? Allah lebih mengetahui kecantikannya.

Sepanjang hari aku berasakan diriku ini seperti berada di alam lain. Asyik sekali. Gembira. Ulas senyuman sentiasa terpancar. Ramai berasa hairan perubahanku lantas mereka bertanyakan kenapa.

Jawapan aku mudah saja. Aku sungguh teruja kerna kunjungan pembaca melayari laman blog aku mencecah angka 3000 pada hari semalam. =>

Lantas senyum itu berlarutan sehingga ke hari ini. =>

02 July 2009

Kisah Mentadak & Catur

Salam. Khas buat tatapan pembaca.
Mentadak mentadu, macam mana Najib tido? mentadak akan beraksi. kemudian, yg bertanya akan gelak sorang2. Kemudian, ditanya lagi macam mana rosmah mansor tido? Sekali lagi mentadak beraksi dan sekali lagi hilai tawa kedengaran.

Eksperimen diteruskan lagi. Mentadak mengikut sahaja. Faham tidak faham, dipersetankan jauh2..=> hu-hu-hu. Lantas si penanya bertanya. Ye la, penanya kan. Cara karpal singh tido, nizar, zambry menteri besar haramjadah, terus cara lim kit siang tido, anwar ibrahim, Mahathir mamak kuti, Nik Aziz, Tuan Aziz Tuan Mat, sehinggalah Michael Jackson yg dah meninggal pun ditanya bagaimana beliau tido.

ha-ha-ha. Mentadak xdek komplen pun. Ikut je apa yg di tanya. Sekejap senget. Sekejap terbaring. Sekejap mengiring. Sekejap tersenyum. Eh, senyum? ada ke. Ada kot. Ha-ha-ha. yang tersenyum tu mentadak yg tengah baca posting ni la. ha-ha-ha. Jangan marah kawan. Guraw2.

Bosan bermain mentadak mentadu, si penanya bermain catur pula. Masalahnya sekrang ni, xdek teman. Main sorg2 je. Aduh, masalah juga ni. Lalu, di ambilnya mentadak. kemudian, diletakkan di atas set catur macam gambar kat atas. Lalu beliau memerintahkan mentadak menggerakkan buah catur. Lah, gila apa mamat ni.

Setakat buat aksi tido pandai la. Main catur tidak belajar lagi dong. Lalu mentadak dok diam je. Tiada respon. Mamat tadi bosan. Ingatkan boleh lagi memberi arahan kepada mentadak. Ttp kali ini tidak bisa. Kerna apa? Kerna ia mentadak, bukan manusia. Tiada akal, tiada fikiran. Otak ada, roh ada. Maka bosanlah mamat tersebut sehingga kini. Tiada teman, tiada kawan. Dulu, kini dan mungkin selamanya.

Hu-hu-hu. Tamat kisah.

01 July 2009

Mengapa Catur & Mentadak?

salam semua. berubah lagi template aku kan. yg ini macam ok. cuma aku tak dapat relatekan apa kaitan YOUTH MOVING FORWARD dengan permainan Catur dan Mentadak.

puas aku fikir. tapi idea enggak muncul. nak tukar template baru, macam malas. huhu.. jadi aku amat2 mengharapkan anda semua memberi idea apa kaitan antara YMF = Pemuda Penggerak Kehadapan dengan permainan catur dan mentadak.

dah ada idea, maklumkan pada aku ek. samada komen untuk posting ini atau di shoutmix box. tq

Calon PAS di Manik Urai

Harapan baru Rakyat Manek Urai

Semuga Tuhan Yang Esa menempatkan roh arwah Pak Su Wel bersama orang yang solih. Begitulah harapan rakyat Manek Urai selepas Pak Su Wel kembali ke rahmatullah pada 22 Mei 2009 lalu. Beliau seorang wakil rakyat yang rapat dengan tubuh-badan rakyat, menyelami kepayahan hidup dan merasai dengup jantung rakyatnya.

Khidmatnya kekal abadi dalam kenangan setiap insan yang pernah merasainya. Lalu kepiluan rakyat tetap menjadi salutan hidup rakyat Manek Urai yang merintih suatu harapan baru tatkala gendang pilihan raya kecil sudah dipalu.

Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sudah menetapkan 6 Julai untuk proses penamaan calon dan 14 Julai 2009 nanti adalah hari mengundi. Bermakna, rakyat Manek Urai perlu diajak sekali lagi memilih calon yang 'semacam' Pak Su Wel. Sesuai dengan itu, pihak PAS sudah mengumumkan calonnya yang dipilih bertanding untuk rakyat Manek Urai.

Saudara Fauzi Haji Abdullah, 50 tahun (gambar) telah terasmi sudah mewakili PAS. Tunggu lagi akan disahkan oleh SPR pada 6 Julai. Sehingga kini, pihak Barisan Nasional (BN) telah bersetuju untuk bertanding, tetapi belum ada keputusan untuk menamakan calon yang bakal bertanding (sewaktu ini, calon mereka yang di umumkan : Tuan Aziz Tuan Mat - Pengurus Kesedar). Sementara, parti-parti lain dan puak 'Bebas' belum kedengaran ura-ura untuk bertanding.

Nampaknya PAS telah memecah tradisi dari segi pengumuman calon, kerana mendahului BN. Tindakan mendahului BN ini mungkin didorong oleh rasa optimis terhadap Fauzi seorang ahli perniagaan yang berjaya, merupakan Bendahari PAS Kuala Krai dan dikenali ramai serta rapat dengan rakyat Manek Urai. Meskipun, PAS ada ramai pimpinan yang layak bertanding, namun kesesuaian kepimpinan Fauzi yang 'semacam' arwah Pak Su Wel adalah kelebihan utama yang ada padanya sehingga menyakinkan pihak kepimpinan tertinggi PAS untuk mengumumkan lebih awal nama calon.

Kesannya, ia telah menggugah keputusan pihak BN untuk memilih calon yang sesuai mencabar Fauzi. Walau apapun, BN telah komited akan tetap mencabar PAS demi survival politik UMNO untuk menebus maruah yang tercalar akibat gagal mencabar KeADILan di pilihan raya kecil Penanti dan tewas di Bukit Gantang, Kuala Terengganu dan Permatang Pauh. Sama-sama menunggu, siapa bakal calon BN dari UMNO meyaingi Fauzi di Manek Urai.

post by : pemuda pas pangkalan chepa
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan