Powered By Blogger

19 June 2009

Tidak Salah Meminta Sisters In Islam Disiasat

Oleh : Mohamed Hanifa Maidin - AJK Pas Pusat

Isu usul muktamar PAS berkaitan dengan pertubuhan Sisters In Islam ( SIS ) menjadi isu yang hangat dibincangkan pada masa ini. Muktamar PAS yang baru lalu menerima usul bagi mendesak kerajaan mengharamkan SIS jika benar siasatan mendapati NGO itu mengancam akidah umat Islam.

Usul yang dibawa PAS Shah Alam itu diterima tanpa bahas di hari terakhir Muktamar ke-55 yang diadakan di Shah Alam. Antara lain ayat usul tersebut menyatakan :-

"(Muktamar) mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya,"

Bagi saya isu ini menjadi hangat kerana kewujudan perkataan “mengharamkan SIS” yang dilihat oleh setengah pihak sebagai satu unsur yang agak drastik dan tidak demokratik. Bagaimanapun tiada siapa boleh menafikan bahawa usul tersebut bukan secara per se ingin mengharamkan SIS. Sebaliknya ayat usul secara jelas meminta satu siasatan dibuat terhadap SIS sebelum tindakan mengharamkan dilakukan.

Sebagai gerakan Islam yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya PAS tidak boleh lari dari “core business ”nya iaitu Islam. Maka jika dilihat dari konteks tersebut PAS sudah tentu berhak memberikan pandangannya dalam perkara yang menyentuh Islam dan umatnya.

Saya berani mengatakan bahawa SIS sendiri sedar bahawa ramai umat Islam di negara ini yang tidak selesa dengan pendirian pertubuhan tersebut di dalam sesetengah isu yang menyentuh Islam. Saya juga percaya bahawa SIS juga menyedari bahawa mereka bukan didokong oleh golongan yang benar-benar mempelajari Islam mengikut disiplin Islam secara teratur ( munazzam )

Islam memang menghormati kebebasan bersuara. Bagaimanapun Islam mempunyai standardnya sendiri dalam menentukan had kebebasan bersuara. Mereka yang ingin bercakap tentang sesuatu isu baik isu agama atau isu bukan agama perlu menguasai bidang yang mereka cakapkan. Sebagai seorang peguam saya berhak bercakap mengenai isu perubatan tetapi sudah tentu pengusasaan saya tentang ilmu perubatan tidak sama dengan seorang doktor yang dididik secara formal dengan ilmu tersebut. Begitulah sebaliknya.

Jika saya bercakap ilmu perubatan dan jelas apa yang saya cakapkan itu adalah salah orang tidak akan mengatakan saya sesat atau terkeluar dari agama. Paling kurang orang akan hanya mengatakan saya bebal atau bodoh. Tetapi apabila saya bercakap tentang agama dan terbukti apa yang saya cakap itu tidak betul, ia bukan sahaja mengancam diri saya tetapi juga mengancam orang Islam yang lain jika apa yang saya cakap tersebut dipegang dan diamalkan oleh orang lain juga. Di dalam Islam dipanggil dhol wa adhol ( sesat dan menyesatkan ).

Perkataan sesat ( dholal ) hanya relevan dalam isu agama dan tidak dalam isu yang lain.

Secara peribadi saya memuji keberanian SIS menyatakan pandangan namun apa yang dikesali dalam banyak keadaan keberanian itu melebihi hadnya sehingga mewujudkan satu kekeliruan di kalangan masyarakat.

Bekas pengasas SIS, Cik Salbiah Ahmad sendiri mengakui antara sebab mengapa beliau telah keluar dari pertubuhan tersebut dan tidak mahu lagi terlibat dengan pertubuhan itu adalah kerana isu tudung. Di dalam bukunya yang bertajuk “ Critical Thoughts on Islam , Rights and Freedom in Malaysia ( 2007 ) beliau menulis seperti berikut ( lihat m/s 8 dan 9 )

“ Salah satu sebab untuk saya meninggalkan dan tidak lagi menyertai SIS pada tahun 1997 , pertubuhan yang saya tubuhkan pada tahun 1987 adalah kerana isu tudung.. Dalam pertemuan pertama dengan wakil Yayasan Ford ( Ford Foundation ) , salah seorang anggota SIS telah membuka tudung yang saya pakai. Anggota SIS tersebut tidak mahu mana-mana ahli SIS dipandang oleh pembiaya SIS adalah mereka yang “jenis bertudung ( “tudung type” ) , tidak progresif , fundamentalist dan obscurantist ( golongan yang kabur ) . Saya terasa dihina dengan dengan tindakan ahli SIS tersebut dan saya memaklumkan hal tersebut kepadanya di dalam pertemuan tersebut. Tetapi ahli SIS tersebut tidak berubah dan bagi saya tindakan tersebut tidak menghormati pilihan saya ( untuk bertudung )”

Lihat sendiri pengakuan dari mantan pengasas SIS terhadap tindakan SIS berhubung pemakaian tudung.

Mengenai isu poligami saya ingin kongsi di sini kenyataan rasmi SIS yang bertajuk “Controversy on Polygamy” bertarikh 8 Januari 2002 di mana SIS menyatakan antara lain ( Terjemahan dari bahasa Inggeris )

“Oleh itu isu yang sepatutnya perlu dibincangkan di dalam masyarakat kita hari ini bukanlah sama ada poligami patut dibenarkan semula di dalam undang-undang sivil untuk orang-orang bukan Islam tetapi sama ada poligami sepatutnya harus diteruskan di bawah undang-undang keluarga Islam untuk orang Islam … Orang Islam seharusnya mengetuai masyarakat lain di dalam perjuangan menentang poligami dan penyalahgunaanya."

Pendirian SIS yang kontroversial terhadap isu poligami tersebut tidak berhenti di situ. SIS juga adalah salah satu dalang utama di dalam kempen monogami ( satu suami satu isteri ) yang dianjurkan oleh Coalition on Women’s Right in Islam pada 16/3/2003.

Kempen monogami ini telah ditentang hebat oleh para Mufti di negara ini kerana kempen ini secara halus dan secara tidak langsung cuba membawa mesej bahawa hukum poligami yang dibenarkan oleh Islam adalah satu yang tidak membawa kebaikan kepada wanita.

Bagi saya pendirian SIS terhadap poligami ini menunjukkan kecelaruannya dan kekeliruannya dalam memahami hukum poligami di dalam Islam. SIS di dalam banyak tulisannya cuba menunjukkan bahawa amalan poligami telah banyak menindas wanita.

Jika pun benar amalan poligami menindas wanita itu bukan hujah untuk kita menolak poligami yang dibenarkan Islam . Sebaliknya itu adalah hujah Islam ke atas orang yang berpoligami. Maknanya Islam boleh berhujah kepada pengamal poligami yang menindas wanita bahawa kerana kamu ( pengamal poligami ) tidak mengikut garis panduan yang Islam telah tetapkan sebab itulah poligami kamu yang amalkan mendatangkan keburukan.

SIS juga, tanpa bersandarkan disiplin ilmu , dengan begitu mudah membuat pendirian bahawa Kongsi Raya bukanlah amalan agama ( lihat kenyataaan rasmi SIS bertajuk “ Kongsi Raya not a religious ritual” bertarikh 16 hb Jun 2006 ) di mana antara lain SIS menyatakan

“ Kongsi Raya is not a religious ritual, but a harmonious social custom that has become part of Malaysian tradition, and become a model to other countries

( Terjemahan : Kongsi Raya bukanlah amalan agama tetapi satu adat sosial yang harmonis dan menjadi satu tradisi orang-orang Malaysia dan menjadi model kepada negara –negara lain )

Lihatlah betapa mudahnya SIS mengeluarkan kenyataan seolah-oleh isu kongsi raya tidak mempunyai nilaian dan celupan agama. Bagi orang Islam menyambut hari raya adalah satu bentuk ibadah ( sebab itu ada syiar takbir dan ibadat solat iaitu solat aidil fitri dan solat i'edul adha ) dan memandangkan ianya satu 'ibadah amalan tersebut tidak boleh dibuat mengikut kemahuan kita sendiri.

Amalan kongsi raya yang telah diamalkan oleh rakyat negara ini tidak boleh dijadikan hujah untuk menjustifikasikan bahawa kongsi raya adalah sah di sisi Islam. Halal atau haramnya sesuatu amalan tersebut hendaklah dinilai dengan berpaksikan nas dan bukannya dari apa yang telah diamalkan melainkan apa yang diamalkan itu selari dengan nas. Jika apa yang telah diamalkan adalah selari dengan nas Islam mengiktiraf amlan tersebut berdasarkan kaedah " Al'adah muhakkamah" .

Atas dasar itu di dalam Islam terdapat perbezaan prinsip yang terpakai di dalam urusan mu’amalat dan prinsip yang terpakai di dalam urusan ‘ibadah.

Di dalam urusan mu'amalah , prinsip yang terpakai adalah “ sesuatu perkara itu pada asalnya harus kecuali ada nas yang melarang” ( al-aslu fi al-ashya’ al-ibahah )

Manakala prinsip di dalam 'ibadah pula “ sesuatu ibadah itu haram ( dilarang ) hukumnya melainkan ada nas yang membenarkannya”.

18 June 2009

Selamat Hari Bapa Untuk Abah!

20 hb Jun 2009 ni birthday abah aku. Dari kecil sampai la besar, boleh dibilang dengan jari aku wish birthday abah. Tahun ni umur abah dah mencecah 67 tahun. Lahir tahun 1942. Lebih tepat lagi saat Jepun menakluki Tanah Melayu.

Kalau kamu semua menghayati dan mendefinikan gambar sebelah, PASti kamu berfikit hebat sungguh orang tua ini. YA! Memang hebat. Membesarkan anak seramai 11 orang. Tak pernah aku dengar dia merungut. Apa yang penting, dapat sekolahkan anak, membesarkan mereka, memberi ilmu serta boleh berdikari apabila besar.

Aku sayang abah aku. Teramat sayang. Saat aku menulis rangkap ini air mata aku hampir nak menitis. Masakan tidak sayang. Abah kita kan. Tapi sayang itu di dalam hati, dari segi perbuatan sukar nak terjemahkannya. Orang lelaki kan. Yang paling mudah, salam dan cium tangan abah.

Aku masih ingat lagi, abah pernah menangis disebabkan aku. Menangis sebab kedegilan aku, menangis akibat kejayaan aku serta menangis kerana sukarnya membesarkan kami adik beradik. Sekarang semua dah besar. Yang sulung berusia 43 tahun dan yang paling bongsu 19 tahun.

Kadang-kadang aku pernah terfikir dan sentiasa berfikir, apa sumbangan atau 'hadiah' yang paling istimewa perlu aku berikan kepada abah? adakah wang ringgit? atau cakna akannya di kampung? Jawapannya adalah kesemuanya. Jika ia bisa menghiburkan hati abah, teruskan saja.

Namun apa yang jelas, dipandang redup wajah abah, aku dapat lihat suatu perasaan yang sukar diluahkannya melalui mulut beliau. Hanya suara hati yang kedengaran. KEBAHAGIAAN ANAK-ANAK!! Ya, itulah yang terbit dari hati nurani abah. Tapi bukannya kebahagian atas definisi sempit yang kita fahami bahkan kebahagian di dunia yang mentransitkan laluan kebahagian di akhirat.

Itu takrif yang sebenar. Terpulang pada adik-beradik aku yang lain. Abah dah ajar. Abah dah membesarkan kita. Abah dah menyekolahkan kita. Abah juga menaruh kepercayaan kepada kita untuk menjadi hamba Allah yang berguna. Kerna aku sedar abah bukanlah calang-calang manusia yang pernah wujud di muka bumi ini.

Buat abah, Selamat Hari Lahir Ke 67 tahun serta Selamat Hari Bapa!

(p/s : aku tak dapat balik hujung minggu ni untuk mearaikan Birthday abah. Sabtu malam kena handle Program Sejuta Poskad Mansuhkan PPSMI di Parit Raja, Batu Pahat. Ahad pagi Kuliah dhuha dan petangnya membina reban ayam beserta penyerahan anak-anak ayam kepada keluarga kurang berkemampuan anjuran pemuda Kawasan. Sorry abah...)

16 June 2009

Al-Fatihah Buat Adik Mohd Afifi

Petang semalam aku sempat berziarah ke rumah seorang sahabat. Salah seorang anak kembar beliau telah meninggal dunia (meninggal sebab apa, aku kurang pasti). Umur baru 53 hari. Kembarnya Mohd Afif hanya mampu menangis melihat 'pemergian' kembarnya.

Takziah buat keluarga beliau. Anak kecil itu akan menjadi ahli syurga dan akan memberi syafaat kepada anda di akhirat kelak. Kepada anda semua sedekahkanlah Al-Fatihah buat arwah adik Mohd Afifi.. Al-FATIHAH!

15 June 2009

Sisters In Islam : Perjuangan 'Gender' Tidak Perlu Jika Islam Dilaksanakan Sebaik Mungkin

Posting ini aku copy paste dari blog http://www.ushahidu.blogspot.com - semoga bawa manfaat buat kita bersama :

Muktamar PAS yang baru berlangsung menerima usul mendesak majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat dan mengharamkan SIS jika NGO itu didapati benar mengancam akidah umat Islam. Aku gembira bila isu tentang SIS ini timbul dan menjadi buah mulut di negara kita.

Seharusnya isu SIS ini telah dibangkitkan sejak dulu lagi. Cadangan Dr. Khir Toyo membuang nama Islam dalam pertubuhan itu merupakan idea yang agak baik.

SIS perlu memahami punca masalah tentang isu yang telah dibangkitkannya seperti poligami dan harta pusaka. Aku yakin punca ramai wanita yang tidak setuju dengan poligami adalah kerana perlaksanaannya, bukan amalan yang telah dihalalkan oleh Allah itu.

Wanita dan isteri-isteri takut dengan poligami kerana telah dihantui oleh kes-kes poligami yang telah banyak didengari di media massa ataupun berlaku di kalangan rakan atau saudara terdekat.

Kegagalan lelaki yang berpoligami menunaikan tangggungjawab sebaiknya dan juga punca mereka berpoligami itu telah disalah tafsir dan memberi imej buruk kepada amalan poligami itu sendiri.

Amalan poligami dan masalah yang timbul adalah dua perkara berbeza. Begitu juga dengan isu pembahagian harta pusaka. Apa yang telah ditetapkan dalam Islam itu sudah cukup cantik. Mudahnya menjadi seorang wanita. Kurang tanggungjawab berbanding lelaki. Bersyukurlah jadi wanita. Banyak harta yang perlu diuruskan susah juga. Silap nanti akan disoal di akhirat.

Perjuangan membela nasib wanita dan perjuangan 'hak wanita' adalah dua perkara berbeza. Sedarlah, tidak perlu perjuangan kesamarataan hak lelaki atau wanita kerana lelaki dan wanita memang berbeza seratus peratus. Lelaki ialah XY manakala wanita ialah XX. Unsur genetik berbeza melahirkan hormon, pemikiran dan tindakan yang berlainan.

Komentar :

Untuk pengetahuan, selain dari Zainah Anwar dan Dr Amina Wadud, SIS ini di dokong oleh pimpinan2 negara dan juga anak2 pimpinan negara. Sebagai cth : Marina Mahathir - anak Tun Mahathir; lihat gambar atas serta Nori Abdullah - anak Tun Abdullah Badawi. Inilah sebabnya usul Muktamar PAS yang lepas mendesak agar Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat dan mengharamkan SIS ini. Bukan tidak pernah bermuzakarah dan berbincang dengan SIS, tetapi ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sisters itu sendiri ibarat Sister bagi church. Gunakan perkataan Islam di hujungnya, mereka tidak layak. Konon menghukum dengan ajaran Islam, tetapi tidak mengambil Islam sebagai cara hidup. Ibarat nelayan yang berbicara berkaitan pembinaan bangunan. SIS juga begitu!

Sisters In Islam - Bahagian 3

Siapa Dr Amina Wadud?

KEJUTAN yang dicetuskan oleh Aminah Wadud menjadi khatib dan Imam sembahyang Jumaat yang diikuti makmum dari kalangan lelaki dan perempuan berjumlah dalam lingkungan 100 jamaah di sebuah Gereja di Universiti Commanwealth di New York membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Dr Aminah Wadud memegang ijazah Ph. D di dalam kajian al-Quran ini berpeluang mendapat tapak permulaan menyebarkan faham liberalnya terhadap Islam apabila berpeluang menjadi tenaga pengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) - 1989-1991 yang mengajar di Jabatan Revealed Knowledge and Heritage di universiti tersebut.

Amina adalah berlatarbelakangkan pendidikan liberal dan sekular. Walaupun bidang pengajian dan kajian berhubung dengan Islam dan menghasilkan buku `Qur`an And Woman`` dia dipengaruhi pandangan sekular dan mempersoalkan tentang hukum hakam yang ditafsirkan oleh ulama terhadap al-Qur`an dan juga Sunnah. Beliau seolah-olah menganjurkan penentengan, bahkan pemberontakan terhadap apa yang disifatkan ketidakadilan terhadap wanita.

Oleh kerana pemikirannya yang bersifat kontroversi mengenai masalah-masalah Islam, khidmatnya hanya sepenggal selama tiga tahun dan tidak disambung kontraknya. Pemikirannya sudah tentulah disebarkan di kalangan pelajar-pelajarnya yang mengkuiti kursusnya sebagai Profesor di dalam Pengajian Islam di Commonwealth University di Virginia, di New York.

Sikap Amina yang tidak menyenangkan khalayak berhubung dengan persoalan Islam dapat dinilai dari peristiwa di mana beliau dijemput kepersidangan mengenai HIV/AIDS pada bulan Mei 2003 di Kuala Lumpur membentangkan kertaskerja di samping kertas-kertas kerja perwakilan peringkat antarabangsa termasuk dari Afrika mengenai bagaimana Islam seharusnya menangani masalah HIV/AIDS. Dalam membincangkan tentang penyebaran wabak AIDS, Amina menuduh hukum keluarga Islam telah menyebabkan kuman HIV tersebar tanpa kawalan kepada para isteri.

Keceluparan Amina yang menyentuh soal akidah membuat 20 perwakilan, kebanyakannya dari Afrika, termasuklah dari Malaysia dan United Kingdom menentang kertas kerja Aminah dan mendesak pengerusi menolak kertas kerja Amina bahkan menolak Aminah dari menyertai persidangan.

Mereka mahu namanya dipadam dari rekod Persidangan selama lima hari Second International Muslim Leader`s Consultation On HIV/AIDS. Sembahyang Jumaat berkhatib dan berimamkan wanita dengan makmun dari kalangan lelaki dan perempuan sebagaimana diperkatakan di atas memperlihat betapa Amina jauh menyimpang mempersoalkan hukum hakam Islam yang dianggap tidak adil terhadap wanita dan menurut pandangannya diletakkan sebagai kelas dua.


Siapa Zainah Anwar?

Zainah merupkan pengarah eksekutif SIS dan dia juga adalah merupakan ahli Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. Zainah berpendidikan Fletcher School of Law and Diplomacy, Tufts University, Boston University dan Institut Teknologi MARA, dalam bidang hubungan antaranbangsa dan kewartawanan.

Dia juga pernah menjadi Chief Programme Officer, Political Affairs Division, Commonwealth Secretariat, London; Freelance Writer; Senior Analyst, Institute of Strategic and International Studies, Kuala Lumpur; Political and Diplomatic Writer, The New Straits Times, Kuala Lumpur.

Dia juga pernah menerbitkan buku “Islamic Revivalism in Malaysia: Dakwah Among the Students” yang menjadi rujukan beberapa pemikir dan universiti di negara ini. Zainah Anwar sendiri pernah mengemukakan pendapat mengenai golongan profesional Melayu wanita yang tidak berkahwin. Zainah menyifatkan kebanyakan golongan terpelajar Melayu tidak memilih untuk berkahwin bukan kerana tidak ada jodoh semata-mata tetapi kerana menolak berkongsi hidup dengan lelaki yang dianggap kolot.

“Lelaki Melayu kata beliau masih dibelenggu dengan pemikiran kolot yang memaksa isteri untuk melakukan tugas-tugas tradisional yang membosankan.Isteri terus dilihat sebagai kilang pengeluar zuriat, petugas dapur dan buruh rumah tangga tanpa bayaran yang membeban dan membosankan,” katanya.

Berasaskan kenyataan ini kata Zainah beliau sendiri memilih untuk tidak berkahwin dan bertekad untuk terus hidup membujang tanpa suami. Pemikiran ini yang mencabar hukum-hukum Allah ini dinyatakan dengan jelas oleh intelektual Melayu ini dalam tulisan beliau Ending of Patriarchy yang disiarkan dalam majalah Time keluaran 10 Mac 2003.

Tulisan ini mencabar hukum-hukum Islam semasa yang didakwa Zainah sebagai hukum ciptaan ulamak lelaki dan bukannya hukum sebenar daripada Allah SWT. Saya tidak percaya bahawa Tuhan memberi kuasa kepada suami untuk memukul isteri, dan hukum bahawa seorang isteri yang mengongsi suka duka bersama suami mendapat hanya satu perlapan daripada harta yang mereka usahakan bersama apabila kematian suami,” katanya.

Para ulama' kata Zainah mengada-adakan hukum bahawa hak menceraikan isteri adalah hak mutlak suami tanpa soal dan si suami boleh mengambil isteri kedua, ketiga dan keempat sesuka hati. Antara kenyataan-kenyataan Zainah yang bersifat menghina Islam termasuklah:

"'They have been socialized to accept that the religious authorities know best.'" Source: Zainah Anwar, "Modern, and Moderate, Islam," Asiaweek, September 16, 1997, p. 34.

"'I don't see any contradiction in that.'" Source: Zainah Anwar quoted by Anthony Spaeth,

"Trouble in Purdah," Time International, April 8, 1996, p. 2 of online version.

“Well to me it’s a question of choice. Islam does not believe in force. And freedom to wear what you want to wear, I mean to recognise that right, I think it’s important, and faith imposed by coercion to me is not faith.” Zainah Anwar quoted when asked whether SIS had gone far from the real teaching of Islam, www.umnoreform.com/arkib_ogos.htm.
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan