Salam to all. Minggu yang padat. Jumaat di Jengka. Sabtu di Shah Alam. Ahad di Taman Melewar Kuala Lumpur. Dipendekkan : Segamat - Jengka - Segamat - Shah Alam - Segamat - Kuala Lumpur - Segamat = 1300 km. Hahahahaha.. Ok what.. Selepas Konvensyen PR melabuhkan tirai tepat jam 6.00 petang, terus kami bergegas pulang ke Segamat. Alhamduillah, selamat sampai jam 11.00 pm selepas berhenti agak lama di RnR Seremban.
Rehat sekejap, layan facebook, kemudian terlelap sehinggalah aku bangun jam 5.30 am. Kali ni aku tumpang Saudara Dhamam, sahabat dari Segamat, juga merupakan aktivis PAS di Parlimen Sekijang dan rakan facebook. Kami berdua ditemani oleh admin Blog PAS Sekijang, Saudara Mat Noor.
Alhamduillah, bersolat subuh di perjalanan, kemudian sampai di Taman Melewar jam 9.30 am. Lewat 30 minit. Majlis dah berlangsung. Ketika itu ucapan perasmian oleh Presiden PAS, TG Abdul Hadi Awang.
TG Presiden menyempurnakan upacara perasmian dengan memotong reben menandakan bermulanya Seminar Blogger PAS secara rasmi.
Barisan blogger yang hadir. Kelihatan blogger Muslimat PAS. Dari blog apa, aku kurang pasti. Tidak sempat bertaaruf.
Pembentang kertas kerja yang pertama - Prof Abu Hassan Hasbullah. Beliau membentangkan kertas kerja yang bertajuk : Menguruskan Potensi Media Baru Dalam Merekayasa Pengaruh Politik : Pemikiran Informasi Sebagai Strategi Munurut Perspektif Future Studies. Mantap! Dengan gelaran Dr Google, Prof berjaya menyampaikan hasil kajian beliau dengan cemerlang. Apa yang di ulas beliau? Banyak. Malas aku nak taip. hahahahaha..
Aku, Dhamam dan admin Blog PAS Sekijang. Kami di belakang, maklum la sampai lambat. Ahakzz..
O ye, kenalkan ni bro Minaq Jinggo. Cameraman profesional. Walaupun beliau pro kepada UBN, namun beliau profesional. Maka tidak pelik mana-mana program besar Pakatan Rakyat (PAS + PKR + DAP), urusetia tidak kekok utk membenarkan beliau membuat liputan. Lihat saja 4 gambar di atas, semua hasil tangan bro jinggo. Salute to u bro. Gambar ni je bukan. Yang ni dari camera murah. Hahahahaha..
Alhamdulillah, seminar berlangsung hingga jam 2.00 petang. Walaupun berjaya dianjurkan, namun objektif dari seminar tidak berjaya. Kenapa aku berkata demikian? Kerana masih belum bisa menguraikan kekusutan yang berlaku dalam dunia blogger terutama blogger pro PAS. Buat Ustaz Idris Ahmad, tahniah atas penganjuran.
On the way balik, singgah di Bukit Bintang. Jalan2 di Low Yat. Teman Dhamam yang nak beli barang komputer. Kemudian menuju pulang ke Segamat dengan menggunakan GPS yang berharga RM 600. Ahakzz..
Paktam : sibuk tol akhi ni. awat sabtu malam tak stay terus di Shah Alam? kalau tak, boleh jumpa Dr Qaradhawi..
Maktam : Nak buat macam mana Paktam, akhi tumpang orang kan.