Powered By Blogger

14 May 2010

Rumah Baru

salam. akhi fairuz al-jengkari telah berpindah ke rumah baru. follow saya di sini k :



07 February 2010

Kembalilah semula wahai Prof Aziz Bari..

"Tidak mengapa..Selepas ini saya tidak akan mengeluarkan lagi kritikan atau apa-apa penulisan mengenai PAS. Insyaallah ruang saya di Sinar Harian minggu depan akan saya muatkan berkaitan isu dalaman MCA," bidas Prof Aziz Bari ketika menjawab soalan perwakilan PAS dalam Seminar Politik di Taman Melewar yang lepas. Seolah-olah ada nada kecewa dari jawapan tersebut.

Dan benar selepas kata-kata itu dikeluarkan, langsung tidak kedengaran atau terbaca komen-komen beliau berkaitan PAS. Adakah beliau sudah merajuk? Atau beliau kecewa dengan 'demokrasi' PAS? Atau beliau begitu sibuk menjalankan tanggungjawab sebagai Pensyarah di salah sebuah IPT tempatan? Wallahuallam..

Aku tidak menafikan artikel beliau sebelum dijemput menjadi Panelis Seminar Politik PAS agak panas. Melabelkan TG Presiden PAS : "Pak Lah versi PAS".. Dan sebelum itu menyatakan sekian-sekian individu (pimpinan) dalam PAS sebagai Pro UMNO. Oleh sebab artikel beliau itulah, TG Nik Aziz mencadangkan diadakan EGM dan akhirnya diganti dengan Seminar Politik.

Aku tidak salahkan beliau kerana apa yang lahir dari penulisan beliau adalah persepsi. Persepsi itu pula adalah suatu Informasi di abad ke 21, seperti yang dikhabarkan oleh Prof Abu Hassan Hasbullah. Jika ia persepsi, mengapa ada yang melenting sebelum ini? Kenapa menginjak-injak kredebiliti beliau dengan melabelkan beliau Pro-UMNO dan tidak layak untuk menegur PAS?

Nah, sekarang siapa yang rugi? Sewajarnya segala kritikan atau pendapat beliau diterima dengan hati yang terbuka oleh pimpinan. Betulkan yang mana salah. Jika meleset perkiraan beliau, raikan sahaja kerana beliau berbicara atas kapasiti beliau sebagai ahli akademik. Aku percaya, beliau begitu berkehendak PAS dan Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Oleh sebab itulah, beliau mengkritik PAS yang menjadi tunjang Pakatan Rakyat.

Jika keadaan ini berterusan, aku percaya suatu hari nanti, semua ahli akademik akan segan-silu untuk mengkritik PAS kerana khuatir akan dikritik kembali.

Pesanan untuk pimpinan : Eratkanlah kembali ukhuwah dengan beliau. Jika beliau terus menjauhkan diri dari PAS, ianya akan menyebabkan kerugian kepada jemaah. Beliau Mad'u kita.. Sama seperti pengundi yang lain. Semoga berjaya pimpinanku...

www.akhi-fairuz.blogspot.com

02 February 2010

Mati Itu Pasti~

Salam to all. Mati~ Terputus segala amalan kecuali empat perkara. Anak Soleh/ah, Amal Jariah, Ilmu yang bermanfaat serta Sedekah~

Kalaulah setiap insan mengingati mati, nescaya luluh hatinya lantas mengambil wuduk lalu mengerjakan solat~ Khusyuk kpd Allah SWT~

Selamat mengerjakan solat Fardhu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya'~

Akhi Fairuz Al-Jengkari

19 January 2010

Bingkai Kehidupan~

Salam to all. Nak kongsi lagu dengan anda :-


Mengarungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
'kan menjadi saksi pengorbanan

Reff :
Allahu ghaayatunaa
Ar-Rasuulu qudwatunaa
Al-Qur'aanu dusturunaa
Al-Jihadu sabiiluna
Al-Mautu fii sabilillah
Asma amaanina

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al Qur'an pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi

Shoutul Harokah : Bingkai Kehidupan~

18 January 2010

Facebook Haram?

Salam to all~ Ustaz Zaharudin baru sahaja mengutarakan pendapat beliau berkaitan hukum menggunakan facebook~ Tiba-tiba Ulama dari Jawa Timur menyatakan Fabeook perlu diharamkan. Kenapa ya? Confirm mengejutkan para facebooker di Malaysia termasuk aku sekali~ Namun kita boleh fikir sendiri kenapa fatwa ini boleh muncul~

Mungkin ini sebabnya facebook diharamkan :

a) Facebook boleh membuatkan kita mengabaikan anak, kalau yang ini suka sangatlah buat kaum ibu. kiki~

b) Facebbok membuatkan kita tidak mahu terpisah dengan komputer kita~ kiki~

c) Facebook membuatkan kita tidak menghiraukan keadaan sekeliling~ kiki~

d) Ketagihan facebook membuatkan tubuh kita kurus, kerana lupa untuk makan~ kiki~

e) Ketagihan facebook juga boleh membuat kita jadi gemuk, kerana tak best layan facebook tanpa mengunyah~ kiki~

f) Ketagihan facebook tidak mengenal usia, hatta baby pun ikut jadi Facebooker~ kiki~


wakakakakakakaakakaka!! muahahahahahaahahaaha!!

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan